Salam Kemaafan

Assalamualaikum...





Saya tertarik dengan kata-kata Fizo Omar pada pagi ini di slot TV3 semasa membicarakan berkenaan muflis dan kebankrapan. Beliau menyatakan bahawa beliau telah dianiayai oleh rakan sendiri yang akhirnya memberikan kesan dari segi kewangan di mana beliau telah diistiharkan muflis kerana gagal membayar hutang bank. Namun, beliau menyatakan, di sebalik usaha berterusan dibuat untuk mencari wang bagi menyelesaikan hutang tersebut, beliau juga telah memaafakan rakan tersebut. Kata beliau, kehidupan tidak akan berasa tenang walaupun senang, tanpa memberikan kemaafan kepada orang-orang yang sepatutnya.


Dengan itu, saya ingin mengambil iktibar dan pendekatan yang sama. Saya maafkan semua yang pernah menyakiti hati ini sama ada secara sengaja atau tidak. Semoga Allah bukakan pintu hati anda semua untuk beribadah kepadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah dan Pengampun dan manusia tidak akan lari daripada melakukan kesalahan. Janganlah ulangi kesilapan yang sama apatah lagi setelah mengetahui bahawa kesilapan tersebut dilalukan dengan sengaja. Jangan juga melakukan syirik. Syirik kepada sesuatu yang lain selain daripadaNya tidak akan mendapat keampunan, malah matinya nanti tidak akan diterima bumi. Beringatlah sebelum terduduk dan menyesal.

Wallahualam.


Iswa Tonie
Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.