Salam Syawal hari ke 13 semua. Di bulan mulia penuh keberkatan ini marilah sama-sama kita penuhi masa dan peluang yang ada untuk menziarahi rakan taulan, sahabat handai dan ahli keluarga yang dekat dan jauh memohon kemaafan sambil mengeratkan lagi tali persaudaraan.
Alhamdulillah ramadhan tahun ini saya berjaya bangun awal masak dan menyiapkan makanan dan tidak ada satu malampun terlajak tidur dan terlepas makan sahur...alhamdulillah...
Selain daripada berjaya masak sahur dan bersahur bersama keluarga selama sebulan, ramadhan ini akan menjadi ramadhan yang terindah jika betullah malam lailatuqadr telah menjenguk di pintu rumah kami. Teringat kepada ramadhan tahun lepas. Pada masa tu kami sekeluarga masih menyewa di rmh teres di seksyen 4 Shah Alam. Ramadhannya terasa terlalu panjang. Hari2nya terlalu penat sehinggakan rasa terlalu malas untuk memasak dan bersahur sehingga menyebabkan kami sekeluarga kerap terbabas sahur. Waktu berbuka pula kerap lambat kerana kami kerap tersangkut di dalam kesesakan jalan. Dipendekkan cerita, ramadhan tahun lepas kami suami isteri banyak membazirkan masa dengan sibuk bekerja dan urusan luar. Dan akhirnya setelah berbuka di luar, kami akan balik rumah kepenatan dan kekenyangan. Serius ianya bukanlah tabiat yang baik dan elok untuk diamalkan. Namun, itulah yang dinamakan tuntutan duniawi.
Namun, disebalik kesibukan harian, teringat pada suatu malam di penghujung ramadhan pada tahun lepas. Saya terbangun dan terus menoleh ke arah tingkap dan ternampak cahaya putih yang terang di luar tingkap. Pada masa tersebut mata terlalu mengantuk dan berat. Mungkin hanya fikiran yang memikirkan malam yang disebut sebut dan ditunggu tunggu itu berada di sepuluh malam terakhir menyebabkan hati selalu tertanya tanya bagaimanakah bentuknya malam lalitulqadr. Allah temukan dengan cahaya...mungkin untuk permulaan...

Di awal ramadhan tahun ini, saya telah membuat refreshing nota berkenaan ciri dan bentuk malam lailatulqadr. Saya percaya semua orang memasang niat yang sama, bertemu dengan malam seribu hikmah tersebut dan merasai sendiri pengalaman dan berdoa meminta keampunan dan keredhaan Allah. Samalah dengan diri saya yang kerdil ini. Niat untuk bertemu dengan malam penuh barakah tersebut bukan sahaja untuk mendapatkan keajaibannya namun juga untuk mencari jawapan, apakah malam bercahaya terang dan putih (yang pastinya bukan mimpi) yang dilihat pada ramadhan yang lepas adalah malam lailatuilqadr.
Semasa saya membaca cara ramalan ini saya terus memasukkan ke dalam kalendar di telefon tarikh dan harinya yang besar kemungkinan adalah malam tersebut. Memandangkan tahun ini puasa bermula pada hari Khamis maka malam 25 ramadhan saya tandakan sebagai malam mungkin jadi tersebut. Apabila saya melihat tarikh 25 Ramadhan jatuh pada malam hujung minggu, dalam hati saya terdetik, mampukah aku bangun dan menunggu malam tersebut. Hujung minggu kebiasaannya malam yang saya dan anak-anak tidur lambat dan berkemungkinan bangunpun lambat untuk sahur. Sukar untuk ubah tabiat tersebut memandangkan di malam-malam hari bekerja kami selalunya tidur awal dan kurang menonton tv bersama.
Dan akhirnya malam itu tiba juga. Hari sabtu tersebut saya dan anak-anak memulakan sesi shopping raya tanpa ayahnya (outstation). Oleh kerana saya tidak biasa dengan mall di area Putrajaya jadi kami telah bergerak dari Dpulze dan kemudiannya ke IOI Mall untuk mencari kelengkapan raya. Kami berjaya pulang ke rumah sebelum Isyak. Dapatlah saya menunaikan solat maghrib di rumah. Pada malam itu, oleh kerana kepenatan, kami anak-beranak tido awal. Sebelum tidur, saya sempat google dan terbaca berkenaan tanda-tanda malam Lailatul Qadr. Kebanyakan blog dan penulisan hanya mengkongsikan tanda hari siang selepas malamnya lailatulqadar. Tiada blog dan penulisan yang memberikan perkongsian tanda tibanya malam tersebut, melainkan hanya ramalan yang kebanyakkannya copy paste sesama sendiri. Malah ada pendapat yang menyatakan bahawa adalah sukar untuk menemui malam tersebut berdasarkan cara dan kaedah yang dikongsikan oleh Imam Ghazali kerana tiada kesahihahan tarikh dan malam permulaan puasa yang betul. Pendek cerita, tiada kepastian sama ada pengiraan kita sama seperti pengiraan malam Imam Ghazali kerana permulaan puasa (Ramadhan) seringkali berbeza-beza. Wallahualam. Jauh di sudut hati, saya hanya tertumpu kepada malam tersebut, tawakal dan menolak ke tepi pendapat2 tersebut.
Seperti biasa, jam hp saya akan berbunyi pada jam 4.30 pagi (telah disetkan untuk sepanjang Ramadhan). Secara automatik saya terbangun dan terus membuka sliding door kaca dan menjenguk keluar. Udara sejuk, seperti biasa dan kelihatan di ufuk utara adalah bulan sabit yang bersinar terang. Saya terpegun seketika. Terpaku dengan cahayanya yang terang seolah-olah bersinar-sinar dan ya, ianya sama seperti blog yang saya baca sebelum tidur (tidak ingat blog mana). Blog tersebut menyatakan kejadian malam lailaltulqadr adalah timbulnya bulan sabit, udara yang sejuk dan langit yang cerah. Selama ini saya hanya membayangkan langit yang cerah, mungkin juga secerah siang memandangkan pada ramadhan yang lepas sy telah melihat cahaya putih dan terang di luar rumah saya.
Wallahualam. Dalam saya terpaku melihat cahaya bulan yang bersinar dan melayan rasa ingin tahu dari dalam diri, saya alihkan pandangan saya ke arah kawasan sekelilingnya. Masyallah. Saya sekali lagi tergamam melihatkan seluruh alam ini diterangi cahaya bewarna oren keemasan. Cahaya-cahaya tersebut seolah olah menyuluh dari arah dalam bumi dan menyinari seluruh penghujung alam dan tidak ke langit. Langit nampak cerah namun tidak secerah siang seperti yang saya gambarkan. Dalam keadaan saya masih terpaku dan tergamam itulah saya mendengar bacaan takbiratulihram yang datangnya dari arah Masjid Putra, jelas dan nyaring seolah-olah saya berada di dalam masjid. Kaki dan badan saya seolah-olah bergerak secara automatik mengambil wuduk dan mengerjakan solat sunat. Tiada apa yang saya fikirkan pada masa tersebut melainkan syukur kerana diberi peluang untuk melihat keajaiban alam dan keagunganNya. Walaupun saya berniat di dalam hati untuk bertemu dengan malam penuh berkat tersebut namun tidak pernah saya membayangkan untuk betul-betul bertemu dengannya. Seolah-olah mimpi menjadi kenyataan. Alhamdulillah...
Inilah suasana dan pemandangan biasa malam di Putrajaya dari balkoni rumah saya. Saya tandakan di sebelah kanan gambar tempat saya melihat bulan sabit iaitu dari arah matahari terbit.

Pada siangnya saya dan anak-anak sambung shopping. Saya leka sebentar daripada mengingati kejadian di separuh malam tadi. Namun, saya perasan, siangnya dimulakan dengan cahaya matahari naik yang lembut dan sejuk. Angin sepoi-sepoi bahasa walaupun panasnya seolah-olah terik memancar dan saya juga perasan suasana awal pagi sangat hening dan dingin..Mungkin juga saya boleh katakan bahawa suasana hujung minggu ada kalanya sangat sunyi di Putrajaya jadi hati saya terus berhenti berfikir melayan segala persoalan.
Saya percaya Allah ingin mengurniakan sesuatu tapi apakah dan bilakah hanya Allah yang tahu. Doa saya adalah sekiranya ianya baik untukku, agamaku, bangsaku, negaraku dan keluargaku, aku mohon diberikan kekuatan untuk sentiasa berada di landasan yang betul dan diberikan keimanan yang teguh supaya aku tidak tersasar.
Insyallah syurga untuk kita semua yang selalu mengingatiNya, samaada di dalam solat, dalam zikir, dalam doa mahupun dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. Moga Allah berikan kita sesuatu dalam bentuk kurniaan yang tidak akan ditarik balik insyallah...
Iswa Tonie
Putrajaya
27.06.2018
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.