Salam Malaysia Truly Asia dan Salam Jumaat yang barakah...
Hari ni Kementerian Kewangan Malaysia telah mengadakan perhimpunan bulanannya yang pertama bersama Menteri Kewangan yang baharu, YB Lim Guan Eng. Beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan yang baharu pada 21 Mei 2018 yang lepas dan memulakan hari bekerjanya yang pertama pada 22 Mei 2018.
Perhimpunan bulanan di Kementerian Kewangan adalah rutin wajib yang mengumpulkan semua warga Kementerian dari semua bahagian dan unit. Di perhimpunan inilah, kebiasaannya Menteri Kewangan akan menyampaikan amanat yang akan mengkhuskan kepada pergerakan kerja dan integiriti warga Kementerian. Sebelum pilihanraya ke - 14 amanat disampaikan oleh Menteri Kewangan Kedua.
Semasa mengulas berkenaan teras perkhidmatan beliau, YB Menteri Kewangan turut menyentuh berkenaan pelantikan beliau dan perjuangan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahadir Mohamad yang disifatkan oleh beliau sebagai seorang yang mempunyai iltizam yang sangat tinggi dan malah beliau sendiri tidak dapat bergerak seiring dengan YAB PM. YB Menteri Kewangan turut menyatakan semangat beliau untuk berusaha sedaya upaya menjadikan Kementerian Kewangan suatu Kementerian yang disegani dan menjadikan YAB PM sebagai contoh terbaik untuk diikuti. Beliau turut menyifatkan bahawa semangat dan iltizam YAB PM akan menjadi "pimpinan melalui tauldan" yang perlu dicontohi.
Hari ni Kementerian Kewangan Malaysia telah mengadakan perhimpunan bulanannya yang pertama bersama Menteri Kewangan yang baharu, YB Lim Guan Eng. Beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan yang baharu pada 21 Mei 2018 yang lepas dan memulakan hari bekerjanya yang pertama pada 22 Mei 2018.
Perhimpunan bulanan di Kementerian Kewangan adalah rutin wajib yang mengumpulkan semua warga Kementerian dari semua bahagian dan unit. Di perhimpunan inilah, kebiasaannya Menteri Kewangan akan menyampaikan amanat yang akan mengkhuskan kepada pergerakan kerja dan integiriti warga Kementerian. Sebelum pilihanraya ke - 14 amanat disampaikan oleh Menteri Kewangan Kedua.
Berikut adalah 5 amanat atau yang disebut oleh YB Menteri Kewangan sebagai teras kepada perkhidmatan beliau iaitu pemansuhan GST, menstabilkan harga minyak, menjaga kebajikan rakyat, scandal-scandal yang perlu dibersihkan dan memastikan etika kerja dan integriti (cat-cekap, accountable dan telus) diamalka oleh warga Kementian.
Di akhir penyampaian amanat beliau, YB Menteri Kewangan dengan menyampai sebuah pantun yang berakhir dengan "Amal Makruf Nahi Mungkar".
Perhimpunan ini telah berakhir dengan sesi selfie dan welfie secara berjemaah. Warga Kementerian telah memanfaatkan masa dan peluang yang ada untuk bergambar bersama beliau sehingga menyebabkan pergerakan keluar yang sedikit lambat. Namun, pada pendapat saya "warm welcome" jelas ditunjukkan dan warga Kementerian menyenangi kedatangan YB Menteri Kewangan dalam menerajui Kementerian ke landasan yang betul seperti zaman-zaman kegemilangan sewaktu pimpinan tahun dahulu.

Di hari baik bulan baik jumlah kita sama-sama berdoa agar Malaysia 'pulih' semula dengan cepat. Ya Allah, Sejahterakan Malaysiaku..Amin...
Iswatonie,
Putrajaya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.