Cerita romantik yang diadaptasikan daripada novel yang ditulis oleh Nickolas Sparks ini mungkin sudah dilupakan. Dikeluarkan pada tahun 2004 dan dilakonkan oleh 2 watak utama iaitu Ryan Gosling sebagai Noah dan Rachel McAdams sebagai Allie. Namun, cerita romantik ini tidak pernah dimakan waktu. Walaupun telah 13 tahun berlalu namun cerita ini seronok diulang tayang.
Bermula daripada cinta pandang pertama, Noah yang didorong perasaan yang membuak-buak cuba mendekati Allie. Noah hanyalah seorang budak kampung. Manakala Allie adalah anak orang kaya yang berada di area tempat tinggal Noah untuk bercuti di musim panas. Allie berumur 17 tahun pada masa tersebut dan digambarkan sebagai seorang yang ceria, mempunyai ramai kawan dan well dressed sesuai dengan latarbelakang beliau sebagai satu-satunya anak kepada pasangan orang berada.
Semasa di dalam tempoh perkenalan, kedua-dua Allie dan Noah amat serasi. kedua-duanya berkongsi gelak ketawa dan akhirnya jatuh cinta. Pada masa tersebut, cinta Allie dan Noah adalah cinta pertama mereka dan kedua-duanya saling sayang menyayangi yang digambarkan dengan pandangan mata dan kelakuan kedua-duanya yang melakukakn adegan seperti orang bercinta.
Kedua-duanya tidak mengetahui bahawa perhubungan tersebut tidak direstui oleh orang tua Allie. Setelah orang tua Allie mengetahui wujudnya cinta antara mereka ibu bapa Allie terus membawa Allie keluar daripada pekan tersebut dan balik semula ke bandar. Allie kemudiannya menyambung pelajaran. Sementara Noah di pekan tersebut merindui Allie. Noah menggambarkan perasaannya melalui sura-surat yang dihantar kepada Allie pada setiap hari selama 365 haru (setahun). Namun, Noah tidak menerima apa-apa balasan daripada Allie. Apa yang tidak Noah ketahui adalah bahawa semua surat-surat yang di hantar kepada Allie sebenarnya tidak sampai ke tangan Allie. Emak Allie yang menerima surat-surat tersebut menyembunyikannya daripada pengetahuan Allie. Akhirnya, kecewa dengan surat-surat yang tidak dibalas dan beranggapan bahawa Allie tidak mengingati beliau lagi, Noah akhirnya berputus asa dan berhenti daripada mengirimkan surat kepada Allie.
Noah kemudiannya telah berkhidmat sebagai askar dalam Perang Dunia kedua. Sementara Allie telah menjadi jururawat sukarelawan setelah tamat pengajian di sekolah tinggi. Semasa berkhidmat sebagai sukarelawan Allie telah berkenalan dengan askar bernama Lon Hammond dan akhirnya bercinta dan bertunang. Perhubungan kedua-dua pasangan ini direstui ibu bapa Allie. Sementara Allie, masih mengimbau kenangan bersama Noah walaupun pada ketika itu telah menerima lamaran Lon Hammond.
Klimaks cerita cinta ini bermula setelah Noah kembali ke rumahnya setelah tamat berkhidmat di dalam perang. Noah telah diberikan oleh ayahnya sebuah rumah yang di beli semata-mata untuk dibaiki dan didiami oleh Noah. Rumah yang dibeli tersebut adalah rumah usang yang menjadi tempat sejarah antara Noah dan Allie. Itulah rumah yang menjadi tempat kedua-duanya "lepak". Noah meneruskan niatnya untuk menjadikan rumah tersebut rumah yang bermakna buat dirinya dan Allie, walaupun pada masa tersebut Noah tidak pasti sama ada Allie masih ingat kepadanya.
Setelah bekerja keras membaiki dan mengubahsuai rumah tersebut akhirnya siap. Ia menjadi sebuah rumah yang cantik dan kemas dengan cat bewarna putih, Ramai yang berminat untuk membeli rumah tersebut namun tidak ada satu tawaran pun diterima oleh Noah. Cerita berkenaan penjualan rumah dan kecantikan rumah tersebut akhirnya menarik perhatian wartawan dan menjadikan cerita rumah tersebut sebagai "headline" surat khabar.
Secara kebetulan, Allie sedang membaca surat khabar apabila ternampak post tersebut. Akibat terkejut dan tergamam, Allie pengsan.
Allie kemudiannya nekad untuk pergi ke pekan tempat tinggal Noah untuk bersemuka dengan Noah. Pertemuan kali tersebut akhirnya membawa kedua-dua pasangan ini ke alam percintaan yang mereka tinggalkan 7 tahun yang lepas.
Konflik berlaku apabila Allie rasa bersalah terhadap tunangnya dan pada masa tersebut Noah menyarakan Allie untuk berfikir sejenak dan membuat keputusan untuk dirinya tanpa memikirkan orang lain.
Kalau dah jodoh tidak akan kemana. Begitulah perumpamaan keduanya. Akhirnya Allie kembali kepada Noah.
Cerita ini telah ditulis oleh Allie di dalam buku notanya dengan catatan "baca kepadaku dan aku akan kembali kepadamu". Rupa-rupanya Allie mengidap penyakit Alzheimer yang membawa kepada kehilangan ingatan yang tidak bersifat kekal. Allie telah ditempatkan di nursing house. Sebagai seorang suami yang sangat sayangkan isterinya, Noah telah mencari alasan bahawasanya beliau mengidap penyakit jantung agar dapat tinggal dan bersama-sama dengan isterinya. Sungguh loving dan ini digambarkan dengan perlakuan Noah yang menjadi rakan rapat isterinya dan berusaha untuk mengembalikan ingatan isterinya dengan membaca catatan di dalam buku nota agar ingatan Allie boleh kembali semula. Begitulah dalamnya cinta Noah kepada Allie. Cinta padang pertama yang kekal tidak berubah dan tidak dimakan usia.
Pada suatu hari semasa ingatan Allie hampir-hampir kembali, kedua-duanya telah menari dan gembira namun kegembiraan tersebut hanyalah seketika. Allie kembali agresif dan menyebabkan Allie diberikan suntikan dan dimasukkan ke wad.
Noah yang merasa bimbang akan kesihatan isterinya telah berpura-pura diserang sakit jantung dan kemudiannya di tempatkan di wad yang sama. Semasa berada di wad inilah Noah mencari peluang untuk bersama-sama dengan isterinya.
Allie sedang tidur apabila Noah datang mendekatinya. Pada masa tersebut Allie terbangun dan dalam keadaan sedar dan mengenali Noah. Beliau tidak agresif seperti sebelumnya dan nampak sangat normal. Kedua-duanya tidur bersama sambil tangan kedua-duanya saling menggenggam erat tangan satu sama lain.
Keesokan paginya, jururawat yang bertugas masuk ke dalam bilik Allie dan mendapati kedua-duanya telah meninggal dunia.
Cerita cinta ini sangat berbaloi untuk ditonton. Terdapat banyak message percintaan, life and relationship yang diterapkan di dalamnya. Link di bawah adalah alternatif sekiranya anda ingin menonton melalui sewaan atau beli daripada Apple.
Selamat menonton.
Putrajaya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.