Review Filem : The Fault in Our Star



Salam Malaysia Truly Asia,

Cerita yang diadaoptasikan daripada novel tulisan John Green ini telah menjadi viral dan bualan pada tahun 2014. Bukan sahaja pilihan  pelakonynya tepat malah plot cerita yang diolah menjadi watak yang benar-benar wujud sedangkan menurut John Green di dalam bukunya, kesemua watak di dalam cerita ini dan jalan ceritanya diolah dengan imiginasi dan bukannya merujuk kepada mana-mana individu.





Cerita ini mengisahkan watak Hazel, seorang gadis muda berumur 16-17 tahun dan mengidap penyakit kanser tyroid pada asalnya namun sel kanser telah merebak ke paru-paru sehingga menyebabkan Hazel terpaksa hidup bergantung kepada bantuan oxigen. Hazel tidak dibenarkan untuk berada di tempat yang mempunyai udara tercemar dan perlu membawa gas oxigen bersama-samanya ke mana-mana sahaja Hazel pergi. 

Penyakit tersebut dikesan sejak Hazel berumur 13 tahun lagi. Bayangkan kekecewaan yang dialami oleh ibubapa Hazel pada ketika itu. Mereka tidak sanggup melihat kesengsaraan yang dialami oleh Hazel namun pada masa yang sama tidak mahu kehilangan satu-satunya anak kesayangan mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hazel telah lali dengan kehidupan biasanya iaitu chemo, hospital dan 8 preskripsi ubat yang perlu ditelan dalam masa sehari. 

Setelah 3 tahun berusaha untuk hidup,ibu Hazel merasakan Hazel perlu keluar dan bergaul. Oleh sebab itu, ibu Hazel telah mendaftarkan Hazel dalam satu SUPPORT GROUP yang akan mengadakan sesi perjumpaan bagi menambah kenalan dan berkongsi pandangan dan nasihat. Pada awalnya Hazel enggan pergi namun setelah didesak oleh ibunya, akhirnya Hazel mengalah.

Pada suatu hari semasa menghadiri sesi perjumpaan tersebut, Hazel dan Augustus telah bertembung secara tidak sengaja. Pada masa tersebut Augustus hadir kerana ingin menemani kawannya, Isaac yang juga pengidap kanser dan telah kehilangan salah satu matanya.


Bermula daripada detik pertembungan tidak sengaja tersebut, kedua-dua menjadi kawan dan akhirnya rapat. Setelah sesi pertama tersebut Augustus telah mengajak Hazel ke rumahnya. Di rumahnya, Augustus telah berkongsi minatnya dan Hazel menyatakan buku yang paling diminatinya yang ditulis oleh penulis bernama Peter. Menurut Hazel, Peter telah berpindan ke Armsterdam namun lokasi sebenar, Hazel tidak tahu.

Tanpa Hazel sedari, rupa-rupanya Augustus telah cuba menjejaki Peter dan akhirnya berjaya menemui lokasi Peter di Armsterdam. Emel yang telah di hantar oleh Augustus kepada pembantu Peter telah dijawab, malah menjemput kedua-dua Augustus dan Hazel bertemu sekiranya kedua-duanya datang ke Armsterdam.


Hazel yang mengetahui bahawa Augustus telah berjaya menjejaki Peter berasa sangat gembira. Malah Augustus mengajak Hazel ke Armsterdam untuk bertemu dengan penulis yang diminati oleh Hazel tersebut. Perkara ini menjadi hampir mustahil apabila keadaan Hazel tiba-tiba menjadi serius tidak lama selepas itu. Ini menyebabkan doktor yang merawat Hazel enggan membenarkan Hazel berada di negara tersebut.

Namun, sebagai seorang ibu yang sangat menyayangi dan prihatin kepada Hazel, ibunya telah memberikan jaminan bahawa beliau akan turut serta bersama Hazel ke Armsterdam.

Akhirnya Hazel dan Augustus bersama-sama ibu Hazel pergi ke Armsterdam. Semasa di Armsterdam, Hazel dan Augustus telah meluahkan perasaan antara satu sama lain dan mereka menjadi satu pasangan bercinta. 






Namun, lawatan yang sepatutnya untuk bertemu dengan Peter tidak berjalan dengan lancar. Peter merupakan seorang peminum tegar dan tidak memberikan kerjasama malah mengherdik kedatangan mereka. Pembantu Peter yang berada bersama mereka pada ketika itu terpaksa masuk campur dan memberhentikan Peter daripada terus menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati Hazel dan Augustus. Beliau meminta maaf bagi pihak Peter dan sebagai tanda maaf dan memaklumkan bahawa beliau telah menjemput Hazel dan Augustus dengan harapan Peter tahu beliau mempunyai peminat dan Peter perlu berubah dan meneruskan penulisan beliau . 

Sebagai tanda maaf, pembantu Peter telah membawa Hazel dan Augustus berjalan-jalan dan melawat tempat bersejarah di bandar Armsterdam. 

Pada hari terakhir di Armsterdam, Augustus telah mengambil peluang membawa Hazel berjalan-jalan. Pada masa tersebutlah, Augustus mengaku bahawa sel kanser yang berada di dalam badannya telah kembali merebak iaitu semasa Hazel berada di hospital tempoh hari. Augustus tidak memberitahu Hazel kerana bimbang keadaan Hazel akan menjadi lebih teruk. Hazel terdiam. Perkara ini bukan perkara baru buat mereka. Masing-masing mengetahui bahawa kematian boleh tiba pada bila-bila masa.

Setelah kembali daripada Armsterdam, keadaan Augustus menjadi semakin teruk, Augustus terpaksa dimasukkan ke hospital dan sepanjang masa tersebut, Hazel tidak dapat bertemu dengannya. Ini membuatkan Hazel menjadi pendiam dan keliru.

Namun sebaik sahaja Augustus dibenarkan keluar dan balik semula ke rumahnya, Hazel telah bertemu dengan Augustus dan mereka mula berkongsi keadaan semula. Beberapa hari selepas itu Augustus telah meminta Hazel dan kawannya, Isaac untuk berjumpa di gereja dan mengadakan sesi pra-pengkebumian.

Pada masa tersebut Augustus meminta Isaac membaca ucapan pengkebumian yang terdahulu daripada telah disediakan untuk Augustus. Semasa Hazel membaca ucapan yang telah dibuatnya, keadaan menjadi sangat sedih. Bayangkan orang meninggal mendengar sendiri ucapan yang dibacakan oleh yang tersayang. Hazel pula membayangkan Augustus tiada lagi di dunia. Bukan senang melepaskan orang tersayang pergi untuk selamanya.

2 hari kemudian Augustus meninggal dunia. Semasa majlis perngkebumian, Hazel tidak bercadang membaca ucapan yang telah disediakan namun berucap hanya secara spontan. 

Tanpa disangka Peter hadir pada majlis pengkebumian. Hazel agak terkejut pada masa tersebut namun enggan menghiraukan Peter kerana masih teringat kejadian semasa di Armsterdam. 

Semasa Hazel berada di dalam kereta, Peter datang dan masuk ke dalam kereta dan cuba untuk berbual-bual dengan Hazel namun Hazel enggan bercakap dengan Peter dan menghalau Peter keluar. Sebelum keluar Peter sempat menyerahkan sehelai kertas dan cuba menerangkan kandungannya kepada Hazel namun Hazel yang berang pada masa tersebut enggan mendengar dan terus berlalu dengan hati yang sedih.

Beberapa hari selepas itu Isaac datang menemui Hazel dan berborak sambil mengingati Augustus. Isaac bertanya apakah kandungan emel yang diberikan oleh Peter kepada Hazel. Hazel menyatakan bahawa Hazel tidak langsung membaca emel yang ditulis oleh Peter tersebut.  Namun, Isaac memberitahu bahawa sebenarnya emel tersebut ditulis oleh Augustus kepada Peter. 

Hazel terus pergi ke keretanya dan mencari emel tersebut. Nasib baik menyebelahi Hazel kerama emel tersebut masih berada di dalam keretanya . Ianya adalah ucapan pengkebumian (eulogy) yang ditulis oleh Augustus untuk Hazel. Augustus telah minta Peter untuk menyampaikan ucapan tersebut kepada Hazel bagi menebus kembali tindakan Peter yang lepas.

Cerita ini bersifat motivasi. Pada pendapat saya ceritanya telah diolah dengan baik. Seseorang yang sedang berdepan dengan penyakit berbahaya tidak gentar dan takut kepada kematian. Kematian bagi mereka adalah pasti. Namun bagi Augustus beliau mahupun orang lain mengingatinya walaupun belia telah tiada. Oleh itu Augustus telah menggembirakan Hazel sehabis mungkin. Augustan juga berkata sekiranya kita tidak mampu menggembirakan ramai orang disekeliling kita, cukuplah seorang yang pastinya akan ingat kepada kita walaupun kita telah tiada.

Dalam kehidupan ini sebenarnya kematian itu memang hampir dan juga memang pasti. Bila dan  bagaimana hanya Allah yang mengetahuinya. Tidak sakit tidak bermakna mati itu jauh. Jika Allah takdirkan, sama ada sakit atau tidak kematian boleh berlaku. Kun Fa Ya Kun. 

Mesej yang ingin disampaikan oleh Augustus ada betulnya. Sebagai seorang manusia, gunalah peluang dan saki baki kehidupan untuk berbakti dan berbudi. Bukan sahaja kita akan diingati namun insyallah doa orang yang mengingati kita akan sampai kepada kita. Wallahu alam.




Iswatonie
Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.