Assalamualaikum...
Sudah lama saya ingin kongsikan nikmat sujud iaitu sejak daripada hari yang saya mendengar perkongsian ilmu di salah satu saluran tv sesi pagi-pagi. Pekongsi tersebut menekankan betapa indagnya perbuatan sujud. Bukan sahaja ianya adalah suatu nikmat di mana seorang hamba dapat menunjukkan kesetiaannya kepada penciptaNya malah perbuatan sujud juga adalah nikmat yang mana tidak semua hamba-hambanya berpeluang untuk melakukakannya. Beliau merujuk kepada hamba-hambaNya yang mengalami sakit kaki dan terpaksa solat dengan menggunakan kerusi. Mereka bukan sahaja hilang nikmat untuk sujud malah untuk merasai nikmatnya sujud kepada pencipta. Hanya dengan melakukan sujud, kita akan merasai betapa kerdilnya kita di hadapan pencipta, tambah beliau.
Semasa saya mendengar perkongsian ini, saya sebenarnya sedang bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja. Sambil bersiap, telinga saya dipasang untuk menarik ilmu perkongsian sebagai juadah telinga di waktu pagi. Alhamdullillah, perkongsian tersebut melekat di hati ini dan sehingga ke hari ini, saya bersungguh untuk sujud malah saya mula merasai saya semakin dekat denganNya. Namun, ianya tidaklah bermakna selama ini saya tidak merasai nikmat sujud. Bezanya sekarang adalah saya melalukakan sujud sebagai tanda saya menyerahkan diri kepada pencipta, menunjukkan kepadaNya bahawa saya adalah hambaNya yang kerdil. Ternyata, ada pelbagai perasaan boleh dirasai hanya dengan sujud kepadaNya.
Tidak lama selepas saya mendengar perkongsian ini Allah uji saya dengan sakit di bahagian lutut. Susahnya untuk sujud Allah sahaja yang tahu. Malah saya sendiri tidak tahu apakah sebabnya lutut ini sukar untuk dibengkokkan. Namun, ujian adalah tanda Allah ingin melihat tahap kesabaran kita. Apakah kita masih akan sujud kepadanya walaupun sakit dan susah? Allah berikan kesakitan ini hanya sedikit berbanding nikmatnya apabila dahi menyentuh lantai dan sujud kepadaNya.
Hargailah peluang untuk sujud. Gunakanlah peluang tersebut untuk menyerah diri kepadaNya. Tunjukkan betapa kerdilnya kita dan betapa kita tiada nilai di sisiNya tanpa kita mengikuti ajaranNya dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang. Betullah kata pepatah, kita akan lebih menghargai nikmat yang Allah bagi hanya selepas kehilangannya. Moga Allah berikan kita peluang untuk menyerah diri kepadaNya sehingga akhir usia kita. Insyallah.
Iswatonie
Putrajaya
27.06.2018
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.