Tahajjud



Salam…
Pagi ni terbangun awal daripada biasa. Hari ini dah 3 hari berturut-turut Akak terbangun jam 4.50 pagi. 2 hari yang lepas bila bangun Akak tak terpikir apa-apa. Nak solat memang taklah sebab mengantuk. Sudahnya Akak pun tidolah balik semula.

Masuk hari kedua semalam bila terbangun waktu yang sama menyebabkan Akak terfikir macam pelik je bangun waktu yang sama. Bile terbangun tu tengok jam Akak tak tidur balik. Akak bangun masuk bilik air kejab pastu yes.. Akak tidur semula dan bangun pkl 6 ikut bunyi alarm hp. Semalam Akak terfikir adakah aku akan terbangun untuk kali ketiga hari ini? Dalam hati Akak dah berjanji nak solat hajat and tahajut KALAU Akak terbangun waktu yang sama lagi…insyallah…

Bila terbangun pagi tadi waktu yang sama otak ni macam dah secara otomatik set up nak ambik wuduk n solat. Mata segar bugar macam orang cukup tidur. Macam orang terlebih cukup tidur pun ada. Jadi terasa nak tidur semula atau ngantok walhal sebenar ambik masa jugak nak bangun pada mulanya (dalam hati)…dan Alhamdulillah…selesai solat hajat dan tahajjud yang pertama untuk tahun 2018.

Semasa sedang menaip posting nie sempat Akak google berkenaan solat tahajut. Sebagai ilmu bersama eloklah Akak share kat sini. Manalah tahu ada yang baru berjinak-jinak dengan solat malam (tahajut) atau masih mencari-cari maksud di sebalik perkataan itu sendiri. Yang membaca dapat pahala mencari ilmu, Akak pun tumpang pahala jugak sebab berkongsi ilmu.



 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai
suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu
mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)


Cara Mendirikan Solat Tahajjud
.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

1.    Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :








2.  Niat Solat Tahajjud:



(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.



3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

.
a)    Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)

Atau;

b)    Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas

Atau;

c)     10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)


4.         Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:





6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~




Solat Tahajjud adalah Solat Sunat yang memiliki keutamaan terbesar setelah solat fardu. Siapa sahaja yang memohon kepada Allah SWT, insyallah akan dikabulkanNya, namun, mestilah solat tersebut perlulah di buat dengan penuh keikhlasan dan jangan mudah berputus asa.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Barangsiapa yang tidak meminta kepada Allah maka Allah akan marah kepadanya.” (HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 2418.)




Rujukan :


                                   

No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.