Pencinta kucing


Salam Malaysia Truly Asia,

Alhamdulillah Allah panjangkan usia kita sehari lagi....

Posting hari ini saya dedikasikan kepada peminat-peminat dan ibu bapa-ibubapa yang mempunyai anak belaan iaitu kucing. Saya sendiri menjaga kucing daripada kecil. Minat kepada kucing bukanlah minat yang boleh dipupuk.Ianya lahir secara semulajadi di dalam diri seseorang. Seperti saya sendiri, minat bermula sejak kecik mungkin disebabkan oleh karektor haiwan ini yang manja, berbulu lembut dan suka menggeselkan badan apabila hendakkan sesuatu. Bagi bukan peminat kucing, perkara-perkara ini tidak  mendatangkan kesan kepada mereka. Berlainan bagi peminat kucing, sapaan pertama bila bertembung mata selepas seharian bekerja sudah cukup memberikan tenaga semula kepada badan yang kepenatan. Secara otomatik badan terasa cergas seolah-olah baru balik daripada senaman malah boleh menghilangkan semua kekusutan di pejabat buat seketika. Percayalah, perasaan ini hanya dirasai oleh peminat kucing. Lebih- lebih lagi dengan karektor yang manja. Satu  geselan sudah cukup menenangkan hati, seolah-olah kita baru sahaja mendapat belaian seorang ibu. Serius tak tipu.

Hendak menjaga kucing bkn sahaja kena ada minat tetapi perlu ada beberapa sifat lain penting. Jom kita tengok satu-satu dan tentukan sama ada sifat yang saya maksudkan ni ada di dalam diri anda.

1.                  Penyayang

Seorang peminat kucing mungkin hanya mempunyai minat kepada kucing dan bukannya mencintai kucing. Buktinya, peminat kucing tidak geli bila bersentuhan dengan kucing, boleh membelai dan bermain dengan kucing dan mungkin juga boleh menyediakan tempat tinggal untuk kucing. Tetapi peminat tetap peminat. Jika tiada sifat penyayang, kucing akan terbiar kehausan kasih sayang. Itulah yang saya maksudkan dengan kasih sayang. Seumpama menjaga bayi. Seorang ibu bukan sahaja perlu menyediakan tempat tinggal, makanan dan susu serta lampin malah lebih dr itu. Yang paling utama adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang, tidak akan wujud apa-apa jalinan melainkan hanya perhubungan atas dasar tanggungjawab.

Sebegitulah hubungan dengan kucing. Walaupun  kucing adalah haiwan yang Allah jadikan tanpa akal fikiran tapi Allah jadikan kucing dan haiwan-haiwan  lain sifat berkasih sayang. Kucing tahu siapa yang sayang mereka setulus hati atau sebaliknya. Kucing juga suka menunjukkan sifat kasih sayang. Kucing yang sayang tuannya akan baring sebelah tuannya, ikut tuannya kemana sahaja malah turut masuk ke bilik air. Ini bukan cerita tipu. Ini benar-benar berlaku.

Pecinta kucing yang mempunyai sifat penyayang insyallah boleh menjaga dirinya sendiri dan orang lain.

2. Bertanggungjawab

Seorang pencinta kucing yang penyayang selalunya lahir bersama sifat bertanggungjawab. Hendak menjaga kucing bukanlah sekadar memberi makan dan tempat tinggal. Janganlah pertikaikan kewajiban membasuh najis dan memastikan tempat beristinjak kucing sentiasa bersih. Bukan itu sahaja. Badan kucing kenalah bebas kutu dan cacing. Sekarang dah mudah. Klinik haiwan ada di merata tempat. Datang sahaja ke klinik dan  bawalah bersama  kucing kesayangan anda dan dapatkanla suntikan vaksin untuk kucing. Suntikan vaksin ni hanya sekali setahun dan kebiasaannya di ambil apabila kucing sudah berumur 7-8 bulan dan ke atas.Jika anda membeli kucing atau adopt kucing yang tiada rekod pengambilan vaksin tiada masalah jika mengambil suntikan sekali lagi. Selain suntikan sebagai antibodi, kucing  juga perlu mengambil ubat cacing untuk mengelakkan pembiakan cacing di dalam badan kucing. Kucing yang mengalami masalah cacing kebiasaannya akan selalu sakit perut, muntah dan membuang air besar yang diikuti dengan pengeluaran cacing. Sekiranya dibiarkan, boleh membawa maut.kesian kucing.ubat cacing tidaklah mahal mana cuma sekitar rm8-10 sekali makan.

Tanpa sikap tanggungjawab pencinta kucing tidak akan dapat hidup bersama kucing kesayangan. Risiko kucing kesayangan lari mencari tuan baru juga sangat tinggi 😅.

3. Penghibur

Ada orang membela kucing kerana terasa dirinya kesunyian dan perlukan teman. Teman makan, teman tidur, teman tengok tv, teman berborak dan teman segalanya. Pokoknya kucing diperlukan supaya tuan kucing tidak kesunyian tinggal seorang. Hakikatnya, tuan kucing sebenarnya adalah seorang yang ceria dan penghibur. Selalu ceria dan happy tapi kurang rakan rapat yang memahaminya. Itu sahaja. Yang paling beruntung adalah kucing. Sudahla tuannya penyayang dan bertanggungjawab malah pandai menghiburkan kucing pula. Ingatkan kucinglah yang menghiburkan tuan. Rupa-rupanya kucing yang terhibur dek telatah tuannya.

Jangan tak tahu. Kucing ni sifatnya makan, berak, tido, main dan repeat. Kebanyakan masa kucing suka bermain. Itu sebabnya orang tua-tua pesan jangan kurung kucing. Biarkan kucing bebas bermain supaya kucingtidak diserang penyakit kemurungang. Memang ada bezanya kucing yang dikurung dan kucing yang bebas bermain. Kucing yang bebas lebih adventures dan matang berbanding kucing yang dikurung di dalam sangkar. Kalau diikutkan kucing sangkar memang cantik dan terjaga rapi Manakala kucing yang dibiarkan bebas pula selalunya berhabuk dan kotor. Dari segi psychologi kucing sangkar selalunya agresif dan mungkin juga kurang jinak berbanding kucing bebas sangkar. Ada juga yang kemurungan sampaikan nak cuit pun kucing  buat muka bodoh.

Sekali lagi diulangi bahawa sifat penghibur bukannya terbit semasa membela kucing. Sifat ini adalah sifat semulajadi yang wajib ada dalam diri pencinta kucing. Seorang penghibur tidak akan ada rasa penat untuk melayan keletah manja kucing yang kadang-kadang juga annoying. Kucing pun kadang - kadang ada mood bermain yang over. Sampai satu rumah dilompatnya. Habis semua benda dilanggarnya. Cakar sofa paling tak boleh nak elak. Ada ke rumah sapa2 yang kucingnya tak suka cakar sofa. Mustahil bin ajaib.

Apabila sifat penghibur berada di dalam diri tuan kucing secara otomatik kucing merasa bonding. Perasaan  inilah yang mengikat antara tuan dan kucing. Kucing  kacau tuan. Tuan kacau kucing. Itulah hiburan namanya.

Rasanya itu sahajalah posting untuk hari Jumaat yang barakah ini. Insyallah ada masa nanti saya akan buat posting kedua tajuk yang sama. Semasa menaip posting ini saya teringat kucing-kucing yang pernah saya jaga. Yang paling saya tidak boleh lupa adalah kucing saya yang mati semasa beranak. Kucing saya tidak pandai meneran. Walaupun saya dah bantu dengan mengurut perutnya namun Allah lebih sayangkan dia. Kucing saya meninggal dengan anak- anaknya masih di dalam perut. Alfatihah.




Iswatonie
Putrajaya
30.03.2018

No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.