Matlamat Tidak Menghalalkan Cara



Salam…..

Semalam dan hari ini dinding facebook saya dipenuhi dengan perkongsian permintaan maaf daripada seorang hamba Allah wanita yang dengan secara terbukanya meminta dirinya dimaafkan atas kesalahannya. Siapakah hamba Allah ini dan apakah yang telah dilakukannya sehingga menyebabkan suatu permintaan maaf secara diperlukan. Apakah telah melakukan dosa dan menyinggung perasaan rakyat Malaysia maka permintaan maaf secara terbuka di facebook menjadi pilihan.

Lantas jari dengan pantas membaca komen yang kemudiannya membuka ruang kepada nama sebenar hamba Allah tersebut. Masyallah…itu perkataan pertama yang keluar daripada mulut saya. Sanggupkah seorang Islam, Melayu dan Perempuan menjadikan “rezeki halal” sebagai alasan untuk menjual barang-barang yang digunakan untuk memuaskan nafsu s***. Video yang masih ada di dalam akaun hamba Allah tersebut dipublickan. Jadi, dengan mudah sesiapa sahaja boleh melihat video dan juga gambar-gambar beliau yang sudah pastinya teramat terdedah. Selain tajuk posting yang keras dan mengutuk beliau juga kelihatan dengan bangganya menjual barangan yang tidak diketahui status halal haram dan keasliannya, terutamanya pil dan kapsul pemuas nafsu yang diperniagakan.

Saya bukanlah makcik bawang jauh sekali ustazah yang dipimpin agama. Saya hanyalah seorang hambaNya yang cukup terasa dek perbuatan beliau. Facebook bukan ditatap oleh golongan dewasa sahaja tetapi semua golongan manusia. Apakah kesan kepada kanak-kanak dan remaja yang masih mentah berkenaan sains dan kemanusiaan apabila melihat seorang wanita memperniagakan barangan sedemikian. Bolehkah ibu bapa menjawab kepada persoalan “kenapa wanita islam menjual barang tu?” atau “itu barang apa ma?”. Serius kalau soalan begitu ditujukan kepada saya, saya hanya mampu menjawab “kita tak tahu dia agama apa” sedangkan beliau secara terbukanya memakai turut memakai tudung. Masyallah… entah berapa kali saya mengucap dengan keadaan zaman sekarang.

Isu artis melancarkan produk tudung di salah sebuah kelab malam di Malaysia baru sahaja reda, timbul pula isu ini. Sebagai seorang yang beragama Islam, sudah tentu keadaan sebegini mengetuk pintu hati kita untuk bersuara. Tetapi apakah saluran yang kita ada?

Memiliki akhlak yang mulia sangat penting bagi seorang muslim dan keutamaan memiliki akhlak mulia sangatlah besar. Dalam sebuah hadits disebutkan bahwa Rasul menjamin seseorang sebuah rumah disurga apabila ia memiliki akhlak yang mulia. Dari Abu Umamah ra; Rasulullah SAW  bersabda:
Saya menjamin sebuah rumah tepi surga bagi orang meninggalkan debat sekalipun ia benar, dan sebuah rumah di tengah surga bagi orang yang tidak berbohong sekalipun hanya bergurau, dan rumah di atas surga bagi orang yang mulia akhlaknya. [HR Abu Daud ]
Dalam suatu hadits disebutkan bahwa seseorang yang memiliki akhlak dan budi pekerti yang mulia memiliki kedudukan yang tinggi diakhirat kelak. Rasul SAW bersabda
“Tidak ada kemelaratan yang lebih parah dari kebodohan dan tidak ada harta (kekayaan) yang lebih bermanfaat dari kesempurnaan akal. Tidak ada kesendirian yang lebih terisolir dari ujub (rasa angkuh) dan tidak ada tolong-menolong yang lebih kokoh dari musyawarah. Tidak ada kesempurnaan akal melebihi perencanaan (yang baik dan matang) dan tidak ada kedudukan yang lebih tinggi dari akhlak yang luhur. Tidak ada wara’ yang lebih baik dari menjaga diri (memelihara harga dan kehormatan diri), dan tidak ada ibadah yang lebih mengesankan dari tafakur (berpikir), serta tidak ada iman yang lebih sempurna dari sifat malu dan sabar. (HR. Ibnu Majah dan Ath-Thabrani)
Islam memberikan jaminan kepada orang yang menjaga akhlak. Tidak ada kerugian malah menjaga akhlak bermaksud kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai umat Muhammad. Menjaga akhlak dan menjaga tingkah laku juga dapat mengelakkan persepsi negative orang bukan Islam terhadap Islam.
Wallahualam.


Iswa Tonie

Putrajaya




No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.