Federal Law and State Law


Salam dan selamat pagi,

Alhamdulillah Allah panjangkan usia kita sehari lagi. Dengan terbitnya fajar pagi dan bernafasnya kita di pagi yang indah dan terang dek cahaya suria pagi ini  sebenarnya Allah berikan kita peluang sehari lagi untuk membaiki diri dan membetulkan setiap kesalahan yang dilakukan semalam. Andai ada kesilapan yang kita lakukan semalam maka eloklah dahulukan untuk diperbetulkan pada hari ini.Mungkin hari ini adalah peluang terakhir kita. Kita tidak akan dapat pasti untuk bernafas semula esok atau lusa. Hanya Allah mengetahui. 


Wujudnya satu hari lagi untuk kita berpijak di bumi Allah ini bukan hanya  untuk kita bersyahadah dan bersedia menuju ke hari akhirat. Hakikatnya hari adalah peluang dan semalam adalah kenangan. 

Pagi ini saya mendapat ilham daripada carian google. Ada sesetengah yang memanggil google dengan gelaran ahli keluarga seperti pakcik google atau uncle google.Sebenarnya rakyat Malaysia sangat sopan dan ianya ditunjukkan dengan gelaran dan tatasusila. Jika dilihat kepada RUKUN NEGARA Malaysia sendiri yang kelima menyebut “kesopanan dan kesusilaan”. Ternyata, rukun ini bukan sahaja diamalkan malah tersemat di jiwa rakyat secara keseluruhannya.

Berbalik kepada ilham yang saya perolehi daripada sumber google,pada asalnya saya mencari-cari ilmu perundangan yang berkaitan negeriku tanahairku Sarawak. Jika dilihat kepada perundangan Sarawak, hampir kesemua perundangan berkaitan pentadbiran sesebuah negeri telahpun wujud dan digunapakai di Sarawak sehingga sekarang. Walaupun begitu, perundangan tersebut hanya diamalkan di Sarawak. Apabila membuat bacaan dan menghadam tiap2 perundangan yang ada dengan diselang selikan dengan rujukan kepada perundangan Malaysia secara amnya timbul persoalan sama ada perundangan Malaysia mengatasi perundangan negeri atau sebaliknya?

Pada minggu lepas saya ada terbaca berkenaan satu artikel di internet  yang saya sendiri lupa siapa penulisnya yang menyatakan komennya berkenaan Perjanjian Malaysia 1963. Artikel tersebut telah membawa saya ke satu pautan (link) untuk akses kepada Perjanjian tersebut. Sama ada Perjanjian tersebut tulen, adalah sukar untuk mengesahkannya kerana tiada catatan “asal” atau “original” pada dokumen tersebut.

Saya hanya berkesempatan untuk membaca sekali imbas kandungan Perjanjian tersebut kerana pada masa itu saya sebenarnya sedang menunggu masa untuk keluar dr pejabat. Kebiasaannya saya akan keluar pada jam 6 petang walaupun waktu pejabat saya telah berakhir pada 5.30 petang. Waktu-waktu terluang kebiasaannya saya gunakan untuk google dan membuat bacaan ringan yang tidak berkaitan dengan kerja, dengan tujuan untuk menambahkan pengetahuan umum sahaja.

Saya sempat memerhatikan klausa-klausa perjanjian dan niat pihak -pihak secara sekali imbas. Apa yang saya boleh simpulkan daripada @pembacaan ringkas tersebut adalah:

1. Perjanjian tersebut bersifat international agreement;
2. Klausa jelas menyatakan sekiranya terdapat percanggahan pendapat pihak-pihak perlu merujuk kepada Kerajaan England;
3. klausa jelas menyatakn Sarawak adalah kerajaan sendiri dan mempunyai undang- undang sendiri;
4. Undang-undang imigresen Sarawak adalah salah satu bukti bahawa Sarawak adalah negeri di dalam Malaysia yang bersifat Negara sendiri. Sesiapa yang ingin memasuki Sarawak perlu mendapatkan pass masuk.Pass tersebut pula mempunyai tarikh tamat tempoh.

Jika diperhatikan kepada undang-undang imigresen yang diamalkan di Malaysia sekarang ini, semua warganegara luar yang ingin memasuki Malaysia haruslah melepasi kaunter Imigresen. Di sana, semua warga luar akan mengemukakan Passport Antarabangsa dan visa (untuk negara tertentu sahaja). Warga luar yang diluluskan kemasukannya di Malaysia akan dicop dengan cop masuk yang mempunyai terma dan syarat sepertimana yang diperuntukka oleh Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen iaitu :

1. Tidak boleh tinggal di Malaysia melebih tempoh yang dibenarkan iaitu 90 hari dari tarikh masuk; dan
2. Tidak boleh bekerja.

Peruntukan ini terpakai kepada warga luar yang ingin memasuki Malaysia dan ironinya terma dan syarat ini terpakai kepada semua orang daripada Semenanjung Malaysia dan Sabah yang ingin memasuki Sarawak. Saya terjumpa satu gambar contoh pass masuk di google. 




Jika dilihat kepada pemakaian undang-undang Imigresen ini akan nampak jelaslah bahawa Sarawak seolah-olah adalah sebuah negara di mana sesiapa yang ingin memasuki Sarawak akan melalui proses yang sama sepertimana memasuki negara luar misalannya Singapura atau Thailand.

Namun, prosesnya mungkin sama namun prosedur kemasukan tidaklah sebegitu ketat. Masih wujud kelonggarannya di mana tidak perlu kemukakan passport. Memadai dengan menunjukkan kad pengenalan Malaysia.

Kesimpulannya, perjanjian Malaysia yang bersifat International Agreement ini telah dizahirkan melalui perundangan yang telah diselaraskan. Memang ada sejarahnya berkenaan pemakaian passport untuk memasuki Sabah dan Sarawak  sekitar tahun 1990-an namun untuk mengulas berkenaan sejarahnya perlukan sedikit masa.

Oleh kerana Perjanjian tersebut adalah Perjanjian Antarabangsa maka persoalan sama ada undang-undang manakah yang akan terpakai sekiranya wujud inconsistency menjadi soalan yang munasabah untuk difikirkan. Jawapannya ada pada Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan menyebut :

75  Inconsistencies between federal and State laws.
If any State law is inconsistent with a federal law, the federal law shall prevail and the State law shall, to the extent of the inconsistency, be void.

Sekian untuk posting hari ini. Sharing is caring. Banggalah menjadi anak Malaysia. Hidup aman dan harmoni di kalangan melayu Islam sememangnya suatu anugerah. 

Iswa Tonie
Putrajaya.













No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.