Pencinta kucing


Salam Malaysia Truly Asia,

Alhamdulillah Allah panjangkan usia kita sehari lagi....

Posting hari ini saya dedikasikan kepada peminat-peminat dan ibu bapa-ibubapa yang mempunyai anak belaan iaitu kucing. Saya sendiri menjaga kucing daripada kecil. Minat kepada kucing bukanlah minat yang boleh dipupuk.Ianya lahir secara semulajadi di dalam diri seseorang. Seperti saya sendiri, minat bermula sejak kecik mungkin disebabkan oleh karektor haiwan ini yang manja, berbulu lembut dan suka menggeselkan badan apabila hendakkan sesuatu. Bagi bukan peminat kucing, perkara-perkara ini tidak  mendatangkan kesan kepada mereka. Berlainan bagi peminat kucing, sapaan pertama bila bertembung mata selepas seharian bekerja sudah cukup memberikan tenaga semula kepada badan yang kepenatan. Secara otomatik badan terasa cergas seolah-olah baru balik daripada senaman malah boleh menghilangkan semua kekusutan di pejabat buat seketika. Percayalah, perasaan ini hanya dirasai oleh peminat kucing. Lebih- lebih lagi dengan karektor yang manja. Satu  geselan sudah cukup menenangkan hati, seolah-olah kita baru sahaja mendapat belaian seorang ibu. Serius tak tipu.

Hendak menjaga kucing bkn sahaja kena ada minat tetapi perlu ada beberapa sifat lain penting. Jom kita tengok satu-satu dan tentukan sama ada sifat yang saya maksudkan ni ada di dalam diri anda.

1.                  Penyayang

Seorang peminat kucing mungkin hanya mempunyai minat kepada kucing dan bukannya mencintai kucing. Buktinya, peminat kucing tidak geli bila bersentuhan dengan kucing, boleh membelai dan bermain dengan kucing dan mungkin juga boleh menyediakan tempat tinggal untuk kucing. Tetapi peminat tetap peminat. Jika tiada sifat penyayang, kucing akan terbiar kehausan kasih sayang. Itulah yang saya maksudkan dengan kasih sayang. Seumpama menjaga bayi. Seorang ibu bukan sahaja perlu menyediakan tempat tinggal, makanan dan susu serta lampin malah lebih dr itu. Yang paling utama adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang, tidak akan wujud apa-apa jalinan melainkan hanya perhubungan atas dasar tanggungjawab.

Sebegitulah hubungan dengan kucing. Walaupun  kucing adalah haiwan yang Allah jadikan tanpa akal fikiran tapi Allah jadikan kucing dan haiwan-haiwan  lain sifat berkasih sayang. Kucing tahu siapa yang sayang mereka setulus hati atau sebaliknya. Kucing juga suka menunjukkan sifat kasih sayang. Kucing yang sayang tuannya akan baring sebelah tuannya, ikut tuannya kemana sahaja malah turut masuk ke bilik air. Ini bukan cerita tipu. Ini benar-benar berlaku.

Pecinta kucing yang mempunyai sifat penyayang insyallah boleh menjaga dirinya sendiri dan orang lain.

2. Bertanggungjawab

Seorang pencinta kucing yang penyayang selalunya lahir bersama sifat bertanggungjawab. Hendak menjaga kucing bukanlah sekadar memberi makan dan tempat tinggal. Janganlah pertikaikan kewajiban membasuh najis dan memastikan tempat beristinjak kucing sentiasa bersih. Bukan itu sahaja. Badan kucing kenalah bebas kutu dan cacing. Sekarang dah mudah. Klinik haiwan ada di merata tempat. Datang sahaja ke klinik dan  bawalah bersama  kucing kesayangan anda dan dapatkanla suntikan vaksin untuk kucing. Suntikan vaksin ni hanya sekali setahun dan kebiasaannya di ambil apabila kucing sudah berumur 7-8 bulan dan ke atas.Jika anda membeli kucing atau adopt kucing yang tiada rekod pengambilan vaksin tiada masalah jika mengambil suntikan sekali lagi. Selain suntikan sebagai antibodi, kucing  juga perlu mengambil ubat cacing untuk mengelakkan pembiakan cacing di dalam badan kucing. Kucing yang mengalami masalah cacing kebiasaannya akan selalu sakit perut, muntah dan membuang air besar yang diikuti dengan pengeluaran cacing. Sekiranya dibiarkan, boleh membawa maut.kesian kucing.ubat cacing tidaklah mahal mana cuma sekitar rm8-10 sekali makan.

Tanpa sikap tanggungjawab pencinta kucing tidak akan dapat hidup bersama kucing kesayangan. Risiko kucing kesayangan lari mencari tuan baru juga sangat tinggi 😅.

3. Penghibur

Ada orang membela kucing kerana terasa dirinya kesunyian dan perlukan teman. Teman makan, teman tidur, teman tengok tv, teman berborak dan teman segalanya. Pokoknya kucing diperlukan supaya tuan kucing tidak kesunyian tinggal seorang. Hakikatnya, tuan kucing sebenarnya adalah seorang yang ceria dan penghibur. Selalu ceria dan happy tapi kurang rakan rapat yang memahaminya. Itu sahaja. Yang paling beruntung adalah kucing. Sudahla tuannya penyayang dan bertanggungjawab malah pandai menghiburkan kucing pula. Ingatkan kucinglah yang menghiburkan tuan. Rupa-rupanya kucing yang terhibur dek telatah tuannya.

Jangan tak tahu. Kucing ni sifatnya makan, berak, tido, main dan repeat. Kebanyakan masa kucing suka bermain. Itu sebabnya orang tua-tua pesan jangan kurung kucing. Biarkan kucing bebas bermain supaya kucingtidak diserang penyakit kemurungang. Memang ada bezanya kucing yang dikurung dan kucing yang bebas bermain. Kucing yang bebas lebih adventures dan matang berbanding kucing yang dikurung di dalam sangkar. Kalau diikutkan kucing sangkar memang cantik dan terjaga rapi Manakala kucing yang dibiarkan bebas pula selalunya berhabuk dan kotor. Dari segi psychologi kucing sangkar selalunya agresif dan mungkin juga kurang jinak berbanding kucing bebas sangkar. Ada juga yang kemurungan sampaikan nak cuit pun kucing  buat muka bodoh.

Sekali lagi diulangi bahawa sifat penghibur bukannya terbit semasa membela kucing. Sifat ini adalah sifat semulajadi yang wajib ada dalam diri pencinta kucing. Seorang penghibur tidak akan ada rasa penat untuk melayan keletah manja kucing yang kadang-kadang juga annoying. Kucing pun kadang - kadang ada mood bermain yang over. Sampai satu rumah dilompatnya. Habis semua benda dilanggarnya. Cakar sofa paling tak boleh nak elak. Ada ke rumah sapa2 yang kucingnya tak suka cakar sofa. Mustahil bin ajaib.

Apabila sifat penghibur berada di dalam diri tuan kucing secara otomatik kucing merasa bonding. Perasaan  inilah yang mengikat antara tuan dan kucing. Kucing  kacau tuan. Tuan kacau kucing. Itulah hiburan namanya.

Rasanya itu sahajalah posting untuk hari Jumaat yang barakah ini. Insyallah ada masa nanti saya akan buat posting kedua tajuk yang sama. Semasa menaip posting ini saya teringat kucing-kucing yang pernah saya jaga. Yang paling saya tidak boleh lupa adalah kucing saya yang mati semasa beranak. Kucing saya tidak pandai meneran. Walaupun saya dah bantu dengan mengurut perutnya namun Allah lebih sayangkan dia. Kucing saya meninggal dengan anak- anaknya masih di dalam perut. Alfatihah.




Iswatonie
Putrajaya
30.03.2018

Movie Review : The Ferdinand

Salam Malaysia Truly Asia,


Movie Review kali ni akan  membawa anda semua ke dunia animasi. Filem terbitan  20th Fox Century Animation, Blu Sky Studio s dan David Entertainment diadaptasikan daripada sebuah buku kanak-kanak tulisan Munro Leaf dan Robert Lawson yang bertajuk "The Story of Ferdinand".

Ferdinand adalah seekor anak lembu yang dibesarkan di sebuah ladang ternakan lembu yang khusus untuk melatih lembu-lembu untuk "bullfighting". Di Spain, salah satu sukan yang paling popular adalah perlawanan lembu. Bapa Ferdinand adalah salah seekor lembu "sado" yang akhirnya dipilih untuk ke perlawanan tersebut. 

Walaupun Ferdinand dilahirkan dan dibesarkan untuk menjadi "bullfighter" tetapi di dalam diri Ferdinand dia adalah seorang "matbunga". Ferdinand tidak sukakan pergaduhan dan merupakan seekor lembu yang penyabar. Buktinya, Ferdinand akan  cuba sedaya upaya untuk tidak bergaduh dan berlawan dengan kawan-kawannya walaupun di "provoke". Ferdinand juga  sangat sukakan bunga. Tersangat suka.

Pada hari kejadian semasa melihat bapanya beredar Ferdinand berasa sangat sedih dan menyuruh bapanya berjanji akan pulang semula berjumpa dengannya. Ferdinand menunggu sehingga malam namun bapanya tidak pulang. Keadaan tersebut membuatkan Ferdinand rasa sangat sedih dan cuba untuk melarikan diri.

Cubaan Ferdinand berjaya. Secara kebetulan semasa melalui kawasan rel keretapi Ferdinand mengejar keretapi yang sedang bergerak dan akhirnya Ferdinand berjaya melompat masuk ke dalam salah sebuah gerabak. Ferdinand pergi dengan membawa hati yang sedih kerana kehilangan bapa yang disayangi.

Keretapi yang dinaiki oleh Ferdinand berhenti di salah satu kawasan lapang. Ferdinand keluar daripada gerabaknya dan berjalan sambil melihat keadaan luar daripada ladang yang jelas berbeza daripada ladang tempat tinggalnya.

Semasa melalui suatu kawasan curam dan licin, Ferdinand tergelincir dan jatuh, Ferdinand telah diselamatkan oleh bapa Nina yang ketika itu kebetulan melalui kawasan yang sama.

Esoknya apabila bangun daripada tidur, Ferdinand terkejut dan tidak mengetahui di mana dia berada. Namun, setelh melihat Nina dan tutur kata Nina yang lembut dan manja.  Kedua-dua Nina dan Ferdinan menjadi kawan baik sehinggakan Ferdinand tidur pun di dalam bilik bersama Nina.


Ferdinand yang sememangnya peminat bunga  cepat serasi bersama Nina dan ayah Nina. Bukan sahaja Nina dan ayahnya seorang pencinta haiwan di mana mereka mempunyai ternakan ayam dan seekor anjing peliharaan. Mereka juga adalah pengusaha bunga. Tidak jauh daripada rumah Nina adalah kebun bunga yang mempunyai pelbagai jenis bunga. Ini membuatkan Ferdinand berasa sangat gembira dan beruntung kerana dia daoat menghidu bau alam dan bau bunga setiap hari. 




Ferdinand membesar bersama keluarga ini sehinggalah pada suatu hari apabila tiba musim bunga, Ferdinand menyimpan hasrat untuk pergi ke pekan yang menyambut pesta tersebut namun niat Ferdinand ini dihalang oleh bapa Nina.  setelah Nina dan bapanya bertolak ke pesta tersebut, Ferdinand telah nekad untuk menyusul tanpa diketahui oleh mereka.  setibanya di pekan tersebut, Ferdinand berasa sangat gembira apabila melihat hiasan bunga berada di setiap sudut pekan. Hampir kesemua bunga yang dijumpainya di hidu.  Penduduk pekan yang berada di pekan tersebut terkejut apabila melihat seekor lembu yang besar berada di dalam pekan tersebut namun mereka hanya diam dan tidak berbuat apa-apa.


Manusia takutkan binatang. Binatang pulak kasi senyum free.heheh





Keadaan bertukar menjadi kelam kabut apabila seekor lebah telah menyengat punggung Ferdinand menyebabkan dia menggelupar dan berlari tanpa tujuan. Seorang bayi yang terlepas daripada jagaan ibunya menjadi mangsa kejadian. Ferdinand yang kesakitan tidak menyedari bahawa tanduknya telah menyondol stroller bayi dan akhirnya tersangkut di penyidai yang berada laluan pejalan kaki di dalam pekan tersebut. Ferdinand kemudiannya tersedar dan terus menyelamatkan bayi tersebut daripada terjatuh.

Ferdinand tidak dapat menyelamatkan dirinya dan akhirnya ditangkap dan di bawa ke ladangnya semasa kecil dahulu. Nina berasa sangat sedih. Manakala Ferdinand pula berasa sangat terkejut apabila bertemu semula dengan rakan-rakannya semasa kecil. 


Seekor kambing betina telah diarahkan untuk menjadi penjaga (pengurus)  Ferdinand. Kambing betina ni perwatakannya sangat comel, petah dan kelakar. keadaan pada masa ni sangat genting kerana Ferdinand cuba untuk melarikan diri dan pada masa yang sama cuba untuk meyakinkan kawan-kawannya bahawa dia bukanlah seorang "fighter" dan dia perlukan kehidupan lain. 


Rakan-rakannya mengetawakan Ferdinand. Mereka berannggapan bahawa kehidupan mereka hanyalah bertarung di gelanggang atau menjadi mangsa sembelihan, dan tidak ada jalan kehidupan yang lain bagi seekor lembu melainkan 2 pilihan tersebut sahaja. Sekiranya gagal terpilih untuk menjadi fighter makan mereka akan disembelih akhirnya.


Ferdinand meneruskan niatnya untuk melarikan diri. Misi tersebut dibantu oleh 3 hedgehog yang comel ni. 


Akhirnya kesemua mereka berjaya melarikan diri dengan menaiki kereta. Kelakar betul masa ni. Bayangkanlah semua naik satu kereta badan besar2 termasuklah 3 ketol tikus mondok dan kambing gegirl, Lupe.

comel kan dieorang nie.





















Namun dipertengahan jalan, Ferdinand berjaya ditangkap dan di bawa ke gelanggang stadium untuk perlawanan yang ditunggu-tunggu. 

keadaan di dalam stadium yang sarat dengan manusia membuatkan Ferdinand tergamam seketika. Dipendekkan cerita, Ferdinand hampir-hampir membunuh pengawal bullfighter tapi Ferdinand berjaya mengawal dirinya. Akhirnya pengawal tersebut dilepaskan Ferdinand bebas.

Nina muncul semasa semua orang sedang bersorak dan akhirnya Ferdinang kembali ke ladang bersama Nina dan ayahnya. Turut bersama adalah semua rakan-rakan Ferdinand.

Cerita ini sesuai untuk semua golongan. Banyak message kehidupan ada di dalamnya. Antaranya adalah konsep kehidupan tidak boleh berputus ada, perlu ada tujuan hidup dan hidup bersahabat. 


Antara pemilik suara animasi  :








      







Selamat Menonton Semua. 





Iswatonie,
Putrajaya.

Cerita Loyang (untuk Projek Kek Lapis)



Salam semua peminat kek lapis... entri hari ini saya akan kongsikan peralatan yang perlu ada sebelum memulakan projek kek lapis. Bagi semua yang masih baru dengan projek memasak kek lapis janganlah berasa risau sebab peralatan tidaklah banyak cuma wajib ada kerana hampir keseluruhan resepi kek lapis Sarawak adalah standard size (loyang 8 inci atau 9 inci). Selain kos yang tinggi dan mengambil masa yang lama untuk siap, saiz kek juga memainkan peranan sebelum meletakkan harga harga sebiji kek.



Movie Review : Megan Leavey


Salam Malaysia Truly Asia,


Filem ni tak seganas cover depannya. Ianya lebih kepada motivational issue. Cerita yang mengisahkan Koperal Megan Leavey yang bertugas di Afghanistan bersama anjing pengesan bernama REX.

Cerita ini bermula dengan bonding antara kedua-dua manusia dan haiwan ini. REX bukanlah anjing biasa. Rex adalah anjing pengesan terlatih yang dapat menghidu illegal item termasuk kedatangan musuh. Semasa bertugas di Arghanistan REX dan Megan bertambah rapat dan akhirnya tidak dapat dipisahkan.

Namun, pada satu hari semasa sedang bertugas mengesan periuk api, Megan terpijak bom menyebabkan kedua-duanya terpelanting. Kedua-duanya selamat dan berjaya melarikan diri dari kawasan tersebut.

Sebaik sampai di pengkalan, Megan telah dihantar ke hospital sementara REX meneruskan tugasannya bersama pegawai yang lain. Bermula daripada hari tersebut, Megan seolah-olah tidak betah dan cuba untuk mendapatkan REX semula.

Nasib tidak menyebelahi Megan kerana REX diperlukan untuk tugasan. Megan  telah memohon untuk bersara dan mengambil REX sebagai haiwan jagaan namun permohonan tersebut ditolak dan REX seterusnya telah kembali ke Afghanistan dan meneruskan tugasannya.
Megan tidak berputus asa. Setelah hampir setahun menunggu akhirnya Megan dan Rex ditemukan. Permohonan Megan untuk adopt Rex dibenarkan dan akhirnya Megan dan Rex tinggal bersama dan rapat semula.


Ini adalah kisah perhubungan antara manusia dan haiwan yang sukar difahami sekiranya anda bukan pencinta haiwan. Perhubungan yang rapat membuatkan Megan rasa kehilangan. Ketiadaan Rex menyebabkan Megan hilang arah. Perasaan yang sama akan anda alami sekiranya anda kehilangan orang yang anda sayangi. Bergitulah kisah hati antara Megan dan Rex.

Apa yang boleh dipelajari daripada kisah Megan dan Rex adalah  hubungan antara manusia dan haiwan adalah sama seperti manusia dan manusia di mana sekiranya kita saling menghargai dan menjaga satu sama lain kita akan rasa kasih sayang yang akan membawa kita ke satu perhubungan yang diikat dengan kasih sayang. 

Seperi kasih sayang antara ahli keluarga, antara adik beradik mahupun ibubapa dan anak. begitulah eratnya perhubungan Megan dan Rex. Perhubungan yang erat bukan dibentuk dengan pertalian darah tapi kasih sayang dan jagaan dari hati ke hati.




Sekiranya anda ingin menonton, boleh klik di link di bawah  ini. Boleh sewa atau beli movie ni dari itunes store. Ini adalah salah satu option selain daripada menonton di netflix dan Hypptv. 






Iswatonie,
Putrajaya.

Resepi laksa Sarawak Original






Salam semua..

Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut keselesaan dan tahap kerajinan masing-masing. Bagi orang-orang Sarawak resepi ni rasanya wajib dan mesti tahu especially bagi perantau yang sangat susah nak merasa laksa sarawak. Terpaksalah belajar masak sendiri.  

Sebelum tu saya kongsikan 13 perkara yang mendatangkan nikmat dalam kehidupan kita. Semoga kita mendapat kebaikan daripada setiap perbuatan kita, insyallah.


Nikmat yang amat berharga

1. Bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga.
2. Syurga adalah sebuah kampung ketenangan, tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.
3. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah. Orang yang menangis kepada Allah maka api neraka diharamkan menyentuh tubuhnya.
4. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat di syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.
5. Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan mambawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia akan mendapat rahmat dari Allah swt dan tidak akan disiksa di akhirat kelak.
6. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak laki-laki. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.
7. Perintahkanlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka apabila meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun.
8. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
9. Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil, maka orang tua ikut menanggung setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya.
10. Barangsiapa membekalkan nanak-anaknya dengan adab dan ilmu agama, maka orang tua akan mendapatkan pahala seperti pahal anak-anak.
11. Setelah anak perempuan berusia 16 tahun, maka nikahkanlah dia. Ketika itu sang ayah memegang tangan anak gadisnya sambil berkata " Anakku, kau telah kudidik, kuajar dan kunikahkan. Semoga Allah melindungiku dari bencana kerana dirimu di dunia dan akhirat".
12. Muliakanlah anak-anak kerana anak akan menjadi taming atau penghalang untuk masuk neraka.
13. Anak-anak adalah taming neraka, makan bersama mereka akan membebaskan kita dari neraka dan memuliakan mereka menyebabkan kita selamat ketika menyeberangi titian shirath.

Jom ini resepi yang saya biasa guna.
RESEPI LAKSA SARAWAK
BAHAN-BAHAN (anggaran 4-6 orang  makan)
1.300 gram pes laksa cap Burung Helang (1 bungkus)
2.1 bungkus Bihun-celur dalam air panas dan toskan
3. 200gram udang basah (terpulang nak letak berapa banyak udang)
4. 2 ketul dada ayam
5. 200ml santan pekat/ 1 kotak kecil santan siap pek 
6. 5 biji telur ayam-digoreng dadar dan hiris halus
7. 500 gram tauge (anggaran)-celur dalam air panas
8. Daun ketumbar
9. Limau kasturi
10. Sedikit garam

SAMBAL BELACAN

1.Cili giling (anggaran 4 sudu besar)
2. Belacan
3. Sedikit air perahan limau kasturi
4. Sedikit Garam

Cara : Bakar belacan dan tumbukkan. Kemudian masukkan cili giling, garam dan sedikit air perahan limau. Tumiskan sekejab dan siap.

CARA-CARA MEMBUAT KUAH LAKSA :

1.     Sediakan 200L air dan rebus udang dan dada ayam dalam periuk yang sama. Setelah udang agak-agak bertukar warna kulit, keluarkan.

2.     Biarkan ayam direbus sehingga masak. Boleh juga kalau nak masukkan udang dan ayam di periuk yang sama. Setelah masak, keluarkan ayam dan toskan. Kemudian ayam dicarik-carikkan.

3.   Kekalkan air rebusan di dalam periuk di atas api, masukkan pes laksa. Sekiranya air kurang, tambahkan air untuk dijadikan kuah. Gunakan api kecik untuk pastikan pes laksa kembang dan blend di dalam kuah. Ambil masa sekurang-kurangnya 30 minit api kecil ye.

4.    Kemudian, toskan air rebusan pes untuk keluarkan sisa-sisa pes. Air yang jernih dimasukkan semula ke dalam periuk yang sama dan dimasukkan dengan santan 1 kotak. Kalau nak lebih creamy boleh letak lebih sikit santan. Biasanya saya akan masukkan 2 kotak untuk lebih rasa lemak lemak.   Letakkan periuk ke atas api semula dan didihkan selama sekurang-kurangnya 40 minit api kecil. Kemudian perasakan dengan garam. Siap.

CARA MENGHIDANG :
-       Cara menghidang ni sama dan standard aje. Boleh mulakan dengan masukkan bihun, telur dadar, hirisan ayam, tauge, separuh limau kasturi dan sambal.
-       Setelah itu masukan kuah. letak daun ketumbar sikit sebagai hiasan dan siap untuk di makan.

Memasak memang leceh tapi lepas makan mesti korang rasa berbaloi masak sendiri daripada makan kat kedai. Kat kedai korang takleh nak tambah-tambah. Kalau masak sendiri korang boleh bantai makan laksa satu hari. Jangan tak percaya. Kami sekeluarga memang hantu laksa ni dan boleh continue makan dari pagi bawak ke petang dan malam. Kalau makan kat kedai tu makan semangkuk siap extra tapau sambung makan kat rumah heehee...

Sesiapa yang dah try buat dan rasa macam rumit je kan korang boleh je terus order dan makan kat kedai. Akak recommend kedai makan Dayang Sarawak di Presint 15 Putrajaya. Itu adalah port kami sekeluarga bila rasa malas melanda. Boleh waze je Dayang Sarawak dan korang bolehla santai kat sana sambil layan laksa sarawak orginal.

Selamat mencuba korang.


PS : Tinggalkan komen jika anda seorang peminat laksa sarawak 😀 




Bacaan Lain:








Kek Lapis Malim Kundang


Sumber : fb Khairza Zara

Bahan-bahan :

10 biji telur
450g mentega
300g tepung hong kong atau tepung gandum
180g gula kastor (+/-)
300g susu pekat manis
150g horlicks
190g jem strawberi
100g kelapa parut kering (saya guna 50g santan serbuk)
Coklat Crispy secukupnya
1 sudu besar ovallete
pewarna merah, kuning dan coklat

Cara-cara  Membuat:

1. Pukul telur, gula dan ovallete sampai kembang.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan sebatikan.

3. Dalam bekas yang lain, mentega dan susu pekat diputar sampai putih.

4. Kemudian satukan adunan mentega dengan tepung tadi. Sebatikan.

5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, kuning dan coklat.

6. Untuk adunan merah, masukkan jem strawberri dan kacau rata-rata.

7. Adunan kuning dimasukkan serbuk horlick. Kacau sampai sebati.

8. Manakala adunan coklat dimasukkan kelapa parut kering.

9. Sediakan loyang 8″ x 8″. Griskan dengan mentega. Ambil sedikit adunan kuning dan ratakan. Kemudian bakar/grill hingga masak (guna api atas sahaja) lebih kurang 5 minit.

20. Kemudian, masukkan adunan coklat dan susunkan coklat Crispy tadi di atasnya (atau boleh juga bakar lapisan coklat terlebih dahulu lepas tu barulah disusunkan coklat Crispy di atasnya seperti dalam gambar). Bakar hingga masak.

11. Kemudian, masukkan pula sedikit adunan merah dan bakar. Ulangi proses hingga habis.

12. Untuk lapisan terakhir, bakar selama 5-6 minit atau hingga kek keperangan. Dan bakar lagi selama 10-15 minit dengan menggunakan api bawah supaya kek masak sempurna.

13. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

Selamat Mencuba.