Assalamualaikum...
Gua Hirak di Jabal Nur ialah suatu tempat yang istimewa dan mulia kerana itulah tempat turunnya wahyu yang pertama di dunia ini. Gua yang terletak pada ketinggian 634 meter di Jabal Al Nour itu berjarak empat kilometer dari Kabah. Gua itu menghadap ke utara dan pintu masuknya menunjuk langsung ke arah Kabah.
Di situlah berlakunya pertemuan pertama antara Nabi Muhammad
s'a.w dengan Malaikat Jibrail a.s.
Wahyu yang Nabi Muhammad s'a.w terima itu
ialah lima ayat pertama dari Surah al-Alaq iaitu:
"Bacalah,
dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia
dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar
(manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang
tidak diketahuinya."
Kejadian
tersebut ialah pada hari Isnin 17 Ramadan (6 Ogos 610M). Pada masa itu, Nabi
Muhammad s'a.w berumur 40 tahun (6 bulan 8 hari) dan belum lagi menjadi nabi
atau rasul.
Gua
Hirak ini mempunyai ruang yang kecil dan sempit. Hanya muat untuk seorang
sahaja untuk solat dengan selesa.
Kalau berhimpit muat dua orang untuk
sembahyang serentak. Terdapat tingkap kecil dibahagian hujung gua ini yang
dulunya boleh melihat Kaabah secara terus. Namun pemandangan tersebut kini
dihalang oleh Menara Zam-Zam.
Kalau
Jabal Thur terletak di selatan Makkah, Jabal Nur pula terletak lebih kurang 6
km di utara Makkah iaitu di suatu tempat dalam perjalanan ke Arafah dan Mina.
Tinggi Jabal Nur ialah 200m. Gua Hirak terletak lima meter dari puncaknya iaitu
di lereng yang curam. Ruang yang menjadi gua tersebut berukuran 4 meter panjang
dan 1.75 meter lebar. Ketinggian ruang gua tersebut adalah lebih kurang sama
paras dengan orang yang sedang berdiri. Secara puratanya pendakian dari bawah
hingga ke gua tersebut memerlukan masa lebih kurang sejam.[ http://umrahkuyangbest.blogspot.my/2012/06/gua-thur.html
Friday, 2nd February
2018
16 Jamadilawal 1439H
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.