Makin lama makin sedap dan moist.. Cara menyimpan kek ni mesti betul.. kalau diluar suhu bilik,cepatlah ia basi dan berkulat..
Simpan elok elok dlm peti sejuk,kalau nak lebih tahan lama bekukan..
kalau nak makan baru keluarkan ..
Bahan bahan
10biji telur gred A
450g mentega berkualiti tinggi
1gelas gula halus(140g)
1gelas milo(115g)
1gelas susu tepung(110g)
1tin kecil sri kaya
1tin kecil@rendah susu pekat manis
2gelas tepung hong kong(220g)
200gram horlickS
1sudu besar serbuk koko
3sudu besar gula hitam
Sedikit esen vanilla
Cara membuat
Pukul gula dan mentega sampai kembang.
Masukan telur satu persatu.(pecah sebiji,pukul,pecah lagi sebiji,pukul lagi,buat sampai habis). Masukan esen vanilla.masukan susu pekat dan srikaya.pukul lagi.
Masukan pula milo,horlicks,serbuk koko dan susu tepung.pukul sebati . Baru masukan gula hitam. Gaul guna senduk sahaja sampai sebati.
Akhir sekali masukan tepung,gaul guns senduk sampai betul betul sebati.
Sediakan loyang 8x8 dan lapik dengan kertas minyak. Pastikan loyang ditutup rapat menggunakan aluminium foil sebelum kek dikukus.
Kukus kek ini selama 4 jam.
Pastikan air kukusan betul betul mendidih.Guna api sederhana semasa mengukus.
SELAMAT MENCUBA..
SILAKAN SHARE