MOVIE REVIEW : FRIENDS WITH BENEFIT

FRIENDS WITH BENEFIT MOVIE REVIEW


Salam semua...dah plan dah nk buat ape hjg mgu ni? Klu blh cepat2la plan. Akak bkn ape hjg mgu bg seorang pekerja mkn gaji adalah masa dan ketika yang ditunggu2.Itulah masanya kita nak basuh baju itulah juga masa nak kemas rumah,masa untuk memasak dan segala masanya kite nak buat segala benda😊.

Kadang2 plan apepun tak menjadi sebab berbagai halangan kan tapi takpe apepun plan aje dulu.Paling kurang korang dah tau dah pg sabtu nak buat ape dulu kan senang...

Ok macam biasa setiap hari khamis Akak akan share satu review movie (baru dan lama). Kali ni nak share cerita Friends With Benefits. Pelakon utama hero n heroinnya adalah Justin Timberlake dan isteri Ashton Kutcher, Mila Kunis. Kalau ade lagi yang tak kenal lagi sape hero heroin ni ni ha akak share screenshot muka depan movie ni.screenshot ni daripada itunes movie download.Kalau korang tak pernah lagi rent movie kat itunes akak ade sharekan cara2nya dan kelebihan menyewa movie dr itunes.serius senang and convenient utk makhluk Allah yang suka menyendiri sambil layan movie sorang2 mcm akak hehehe.

Cerita ni santai.2 orang berkenalan atas dasar kerja.Berjumpa dan kemudian berkawan lepak sama2. Dalam lepak sama sama tulah dieorang dpt idea untuk having s** tapi taknak couple. Style open macam ni memang sangat tak sesuai untuk jiwa ketimuran dan orang Islam.Jadi korang janganlah terikut2 sangat budaya dieorang ni. Masa dieorg mula2 janji nak couple for s** aje tu dieorg siap sumpah atas bible.korang tau tak bible tu masa tu just gambar bible dr dalam tab ish ish ish dieorang ni kan. 

So startlah episod dieorg asal jumpe je bersama, asal bersama je shot lama sebb tu lah agaknya movie ni tak masuk panggung kat Malaysia nie.Ni kalau masuk pun tak gune sebb kalau kene potong bab bersama tu mmg panjang giler shot die.seriusly 18sx hampir2 nak ke cerite blue (pandangan murni akak) adegan naked and bertindih and kissing semua ada.ni review dr tontonan kat itunes yea korang.kat tempat lain akak tak pasti ade cut ke takde. Tapi mcm akak cakap tadila kalau cut serius jalan cerita tak cantik.mase dieorg bersama tu dieorg ade dialog so klu cut tu memang ganggu jalan cerita.Akak rasalaaaa

So nak dijadikan cerita satu tahap oleh kerana dieorang bonding as a friend je makanya satu tahap dieorg bosan n nak klua dating ngan someone else.Masa tu masing2 dieorg ni jual mahal taknak ngaku yg dieorg sebnrnya dah ada feeling kat each other.Since dieorang declare friendship then dieorg startlah usha couple lain.

Masa justin  try usha awek die fail sbb terkene ngan bini orang.pecah perutla si Mila ni gelakkan si justin. N bola turn si Mila usha pakwe die dptla doktor.untungla si Mila.hensem pun hensem wahhh🙈

Nak dijadikan cerita hr ke5 Mila date ngan doktor ni Mila bawak balik rmh .Bila dah balik rumah takdela aktiviti lain melainkan aktiviti sosial dieorang.Si Justin pulak date ngan awek lain jgk tapi takde chemistry.die bosan pastu asyikla kol si Mila.Mila tgh seronok manela nak layan kan huhuh.

Esok paginya si Mila klua senyap2 tinggalkan doktor yg tgh nyenyak tidur tu pegi beli kopi.Masa tu si Justin kol bgtau die tgh packing nak balik LA.Dieorg ni kat New York. Masa tengah sembang2 tu Mila nampak si doktor keluar rumah senyap2 mcm nak elak Mila tau yg die kluar. Kan dah kantoi dah jumpe mila kat bawah rumah.adoilaaa

So bila Mila tengok terkejutla die and die question kenapa si doktor ni keluar senyap2.Mila mention pasal doktor tu kan on call hr tu.Dengan tergagap gagap doktor tu cakap ade hal terpaksa balik.Masa ni doktor tu ajak jd kwn.Mila nak angin terus hempaskan air yg baru beli terus blah.Walaupun akak tau sebab apa mila marah akak assume doktor tu dah ade girlfriend and just nak one night stand🤷🏻‍

So Mila ngadulah kat Justin.Justin ajak balik LA ikut die siap belikan tiket untuk Mila.so Mila ikutlah Justin balik rumah die jumpa family die. Sampai sana dieorg declare as fren tp satu malam tu justin masuk bilik mila dan terkantoi ngan akak die. The next morning tu akak justin tanyelah justin pasal hubungan dieorg.Macam2 alasan yg justin bg termasukla keburukan mila.Kesian Mila masa tu die dgr sebenarnya n takde sape notice sbnrnya die ade kat situ masa justin cakap mcm2 pasal die. So terjadilah agen masam muka merajuk n Mila balik New York.Tak nak jumpa Justin walaupun Justin byk kali kol.

One day ayah Justin dtg dan nasihat kat Justin kalau betul2 die suka kat someone kejar sampai dapat jangan menyesal seumur hidup mcm die.Ade pulak kisah silam masa jd askar melepas ngan awek yg die suke.klise tawww



At the end Justin pujuk Mila N macam biasa hati perempuan kan macam kerak nasik lama2 lembutlah walau sekeras batu sekalipun. Bermula esok suka kembali dan yes akhirnya happy ending..yea..


-The end- 




No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.