Kek Lapis Cadburry

Related image
   KEK LAPIS CADBURRY 
(Loyang 8x8 inchi)

BAHAN-BAHANNYA:

450g mentega berkualiti tinggi
250g tepung hong kong / tepung gandum (diayak) 
150g gula halus
10 biji telur
100g tepung biskut marie/nestum
100g serbuk horlicks
50g serbuk santan (1 peket)
300g susu pekat manis
satu cawan air sejuk (adunan mudah keras dan cmpurkn dgn air)
4 bungkus kepingan coklat Cadbury
pewarna kuning - optional


CARA CARA MEMBUATNYA :

1. Panaskan oven pada suhu 170 ~ 180 C api grill atas dan bawah ~ mengikut kepanasan oven masing-masing.

2.Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega pada dasar loyang sahaja. 
Ketepikan.


3. Dalam bekas pemutar, putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.

4. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.

5. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. 

6. Putar lagi hingga sebati. 

7. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati.

8. Ambil 7 sudu besar adunan(bersamaan 2 senduk besar) dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.

9. Anggaran masa membakar 10 minit bergantung pada kepanasan oven.

10. Pada lapisan pertama guna api atas dan bawah. Untuk lapisan seterusnya tukarkan pada api atas sahaja.

11. Selepas membakar satu lapisan jangan lupa untuk menekan permukaan atas kek supaya kek padat dan membuang segala gelembung udara.

12. Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga.
Sejukkan kek sebelum dipotong.


Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.