Salam semua,
Entry kali ni akak nak share cara-cara nak jadi Zin. Kalau korang tak tau Zin tu ape boleh baca entri akak sebelum ni kat SINI ye.
Ada yang tanya apa syarat nak jadi Zin.Kalau akak biasanya standard jawapan akak adalah asalkan sihat dan bersemangat waja. Yerlah bukan senang tau nak mengajar. Lagi2 ngajar fitness. Kalau boldy kite pun kite tak kenal dan jaga pun ala kadar akak nasihatkan jadilah peserta kelas ajer. Kecualilah korang bersemangat cuma tunggu time nak turun padang tu lainlaa..macam akak ni pulak turun padang bila perlu.entah bila la kan hehhee.
Zumba sendiri tak meletakkan syarat pun masa nak apply jadi Zin. Cuma kena attend kursus Basic 1 dieorang ajela. Kalau nak tahu macam mane nak tahu bila dank at mane kursus tu 1st of all korang kenelah ikut step-step yang akak dah rumuskan seperti di bawah :
1. Kena bukak website www.zumba.com seperti gambar di atas atau klik dekat SINI.
2.Pastu kliK kat FIND A TRAINING.
3. Pastu pilih lokasi kursus yang dekat ngan korang. Pastu Klik SIGN UP.
4. Link lepas tu akan keluar mcm nie.korang kene register dulu masukkan emel address apa semua. Then dah siap register korang kene bayar amaun kursus tu.Takde kredit kad takpe. Boleh je bayar guna internet banking.
5.Lepas setel semua korang akan dapat emel dan notification.
Setel dah registration korang…Yee!!
Next step adalah korang kene attend kursus tu. Akak boleh gerenti korang akan rasa sangat seronok masa join kursus tu. Korang akan diperkenalkan dengan Zumba, history dan jenis music dan mcmne nak bezakan jenis jenis music. Lain music lain pulak movementnya.
Contohnya music salsa takkan korang nak move like a jagger pulak hheheh….
Habis je kursus 2 hari tu korang dah entitle untuk dapat sijil. Hari ke3 tu korang dah boleh ambik n buat kelas dah uoll..dah boleh cover balik duit yuran kursus yang selonggok tu…serius korang kene bersyukur yuran tu selonggok mcm tu je..kalau kursus takde kat Malaysia korang trylah pk berapa longgok nak kene kumpul dulu sebelum nak join kursus oversea.serius mungkin kite tak mampu…nak bayar selonggok pun pening inikan pulak nak bayar berlonggok longgok. So sapa-sapa nak join keluarga ZIN korang standbylah dalam RM1800 lebih kurang.
Korang taulah sekrg currency RM tak stable so anggaran lebih kurang mcm tu…harap korang bertabah ye…lepas je kursus Basic ni korang dah boleh duit. Pk mcmtu je senang sikit kepala J.
Ok Akak a de entry seterusnya.
-cya-
Updated 1 April 2020
Berita baik untuk Zumbalicious. Zumba.com offer online training sekarang ni. So korang dah tak perlu join real class.Just join class online jer...
Step sama macam di atas iaitu :
2.Pastu kliK kat FIND A TRAINING.
3. Pastu pilih lokasi kursus yang dekat ngan korang. Pastu Klik SEARCH.
4. Link lepas tu akan keluar mcm nie.Korang boleh pilih nak register kelas Online atau OFFline . Kalau register kelas Online korang just kene attent course ikut masa korang
dan deal dengan Zumba.com secara direct. Sementara untuk kelas Offline korang kene attend kelas ikut tarikh dan masa yang korang pilih. Itu je bezanya. Kalau saya, saya suka pergi kelas Offline boleh kenal2 dan beronok ronok zumba ramai2 baru besstt... Apa2 pun, kelas offline pun ok sebab anytime free boleh terus join kelas die..at your convenient time...
kalau kene register dulu masukkan emel address apa semua. Then dah siap register korang kene bayar amaun kursus tu. Takde kredit kad takpe. Boleh je bayar guna internet banking.
5. Dah settle bab bayaran, korang akan dapat emel confirmation. Yeayy!!! one step ahead.
6. Kalau korang pilih Online Class, korang klik kat Sign Up dan isi borang di bawah.
7. Kemudian, buat bayaran mengikut harga yang telah ditetapkan dan korang akan dapat confirmation email untuk pembayaran tersebut. Jangan lupa baca syarat yang ditetapkan yang Akak dah boldkan di dalam kotak di bawah yeh.
8. Then korang just attend class sepertimana diarahkan. Diakhirkan 10 jam tu nanti korang akan dapat confirmation bahawasanya korang dah compelete requirement of 10 hours practice/claseses. Once completed, korang akan dapat lesen yang korang boleh print sendiri dan nama korang akan listed dalam senarai ZIN berdaftar dengan Zumba.com. Satu perkara yang korang WAJIB ambil tahu adalah setiap bulan korang kene bayar kat Zumba.com lebih kurang RM100++ untuk licience renewal dan access ke Zin classes. Kat situ korang boleh belaar new step dan boleh download lagu baru dan video terbaru dari zumba.com. For me, harga tu sangat berbaloi dengan ilmu dan pakej yg uoll akan dapat.
Anyway.... I welcome new Zin in the block...bye for now..
Love,
Iswa Tonie
Putrajaya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.