Salam semua..hari ni Akak nak share my passion in Zumba. Rasanya semua orang dah tau Zumba tu ape kan.tapi takpe akak nak share jugak apa yang dimaksudkan dengan Zumba nie. Supaya senang korang kalua ade yang bertanya Zumba tu ape korang senang nak jawab untuk pengetahuan umum J.
Zumba operasi dieorang tahun 1990an start dengan 3 tenaga besar iaitu Alberto Perlman dan Alberto Aghion dan salah seorangnya adalah the famous Zumba Beto. Kalau korang nak tahu Beto ni sape boleh google or follow Instagram die kat SINI dan youtube channel die kat SINI. Zumba pun ade Instagram official. Nak follow boleh click kat SINI. Youtube channel ade kat SINI. Senang sangat zaman sekarang ni. Semua ada dihujung jari. Tinggal lagi data handphone tu nak kene penuh dulu heheh maksudnya data kene ade dulu ye dik heheh…
Menurut Beto, idea nak wujudkan Zumba ni tercetus masa Beto nak buat kelas. Untuk pengetahuan korang Beto adalah seorang fitness instructor. Masa tu die buat kelas aerobic. Dalam interview kat tv masa tu Beto kata die lupe tape music yang die nak guna untuk kelas die. Yang kat die masa tu cuma tape salsa dan marengue. So apa yang die buat adalah Beto combinekan 2 jenis music tu dan end up jadi kelas yang happy
and fun.
Zumba masuk kat Malaysia dalam tahun 2012 kalau tak silap.ini info daripada ZES Davidveles masa Akak join Kelas Basic 1 tahun 2015. Kiranya dah masuk 5 tahun ++ Zumba bertapak di Malaysia nie. Jadi Akak andaikan Zumba bukan benda baru dan semua orang dah tahu. Tinggal lagi sape yang aktik dan sape yang tak aktif aje cerita die kan.
Untuk korang yang biasa pegi Zumba korang mesti familiar dengan perkataan zin kan…contohnya zin aida (aida tu nama cikgu Zumba) atau zin emy, zin amer etc..korang tau tak zin tu ape? And stand for what ?
Zin adalah singkatan bagi ZUMBA INSTRUCTOR NETWORK dan digunakan bagi menunjukkan cikgu Zumba yang incharge untuk kelas korang tu diiktiraf. Diiktiraf tu maksudnya ade lesen mengajar dan lesen mengajar masih hidup. Ala-ala Doktor nye title la jugak. Dr Ali Dr EMy…J dan kalau korang nak cek and skodeng zin korang tu bolehlah tengok kat SINI. Zumba update tau dieorang nyer website. So korang boleh tau sama ada someone tu berlesen ke tidak. Bukan ape, step Zumba senang je nak follow. Jadi mana-mana orang yang ada background fitness especially yang biasa buat aerobic boleh je follow n ajar pastu declare mengajar kelas Zumba. Well, sekarang market aerobic class dah takde so nak tak nak kene buat kelas Zumba. Zumba ni step die cover satu body. Tu sebab prinsip join Zumba sejam boleh hilang 1000 kalori tu sangat sangat relevan. Heart beat tinggi jangan cakaplaa…mengah pas habis kelas.lencun basah semuanya hehehhe…
Ok korang dah tahu zin tu ape now nak sentuh sikit pasal ZES pulak. Tadi akak ade sentuh pasal ZES Davidveles kan. Macam ZIN jugak tapi ZES ni lebih tinggi daripada Zin. ZES adalah singkatan bagi ZUMBA EDUCATION SPECIALIST. Tugas ZES ni adalah melatih semua bakal-bakal zin. Macam kat Malaysia ni kebiasaannya kelas-kelas asas semua diajar oleh Zes David. Kalau nak tahu cara nak apply jadi Zin korang kena baca post akak kat SINI. Akak sharekan cara untuk apply dan seterusnya menikmati kehidupan sebagai Zin.
Bye from now.
Iswa Tonie
Putrajaya
Bye from now.
Iswa Tonie
Putrajaya
Bacaan lain :
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.