Pengalaman Mengendalikan Kelas Kraf Felt di Kajang


                  



Salam...


Pada 8.3.2014 dengan kerjasama SUK Selangor saya dan team telah dijemput untuk menganjurkan kelas kraf berasaskan kain felt di Kajang. Target kehadiran pada masa tersebut adalah suri rumah dan juga warga emas yang berminat dalam kelas jahitan dan juga kelas berasaskan kraf. Selain daripada membuka peluang untuk warga Kajang menceburi bidang kraf kelas ini diharapkan dapat menarik minat suri rumah dalam menjana pendapatan sampingan.



Saya sendiri mula menceburi bidang kraf ini sejak 2012. Minat timbul setelah anak kedua lahir dan pada masa tersebut kraf ini mula bertapak dengan cepat di Semenanjung. Sebelum itu saya berminat dan belajar menjahit manik. Namun minat tersebut terpaksa dihentikan kerana kekurangan bahan dan kelas lanjutan di Kuching. Saya sendiri terpaksa turun ke Semenanjung  semata mata untuk mengikuti kelas intensif menjahit manik yang diadakan di hotel di Chow Kit (pada masa tersebut bekerja di Kuching).

Kelas kraf ini berlangsung selama 3 jam. Sebagai penganjur kelas, saya  dan team telah menyediakan barangan asas menjahit bagi 40 orang peserta. Pada masa tersebut peserta yang hadir lebih daripada yang dijangkakan. Mujur kami sediakan 10-15 tambahan. Barang asas yang disediakan antaranya adalah gunting, kain felt, template, gam, kapas, benang dan pin.




Sepanjang kelas berjalan, saya dan tema akan berjalan dari meja ke meja dan membantu para peserta menyediakan bahan dan mencantumkan jahitan. Di dalam gambar di atas, anda boleh lihat Mr Husband bersama salah seorang peserta yang menggayakan pin hasil kerjatangan beliau sendiri. Sementara peserta yang lain sedang menggunting template sebagai pengukur di kain felt dan ada juga yang sedang menjahit hasil kerja tangan.



Untuk hiasan dan touch up, peserta diberi pilihan untuk menggunakan bahan tambahan yang disediakan oleh penganjur. Bahan-bahan hiasan yang disediakan termasuklah butang, manik dan bunga hiasan untuk menghias hasil kerja tangan. Pada masa yang sama, penganjur akan mencadangkan butang atau hiasan yang sesuai bagi hasil tersbut. Misalannya hasil yang kecil bersesuaian dengan bentuk hiasan yang kecil dan boleh juga dipadankan mengikut warna dan bentuk hasil yang telah siap. Turut disediakan adalah pengetip pin dan gam panas (hot glue gun) yang akan digunakan oleh penganjur semasa mencantumkan hiasan mengikut kesesuaian hasil.

saya dan Mr Husband sama-sama menimba pengalaman menjadi penganjur dan turun padang.




salah seorang peserta menunjukkan hasil jahitan beliau. Ini adalah key chain berbentuk hati yang di buat dengan menggunakan kain felt mengikut ukuran template yang disediakan.




Menariknya berkenaan kelas ini, ia berjaya mengumpulkan pelbagai kaum. Seni jahitan kraf ini sangat simple dan mudah. Tidak perlu menjadi seorang tukang jahit dan tidak perlu menjadi seorang pakar jarum untuk memupuk minat dalam bidang kraf ini. Memadai dengan sifat ingin tahu dan sedikit kesabaran. Menjahit memang leceh namun apabila melihat hasil kerja tangan sendiri anda pasti akan rasa bangga pada diri sendiri. 





Team kami : Safwan, Nazurah dan saya sendiri. Mr Husband tolong ambikkan gambar .









Terima kasih SUK Selangor kerana memberik peluang kepada kami berempat peluang untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang sedikit. Moga dengan perkongsian ini warga Kajang dan sewaktu dengannya mendapat manfaat bersama serta dapat mengeratkan lagi persahabatan antara kita, insyallah.


Iswa Tonie
08.03.2018